Related Posts with Thumbnails
RSS
email
1

Penatnye..

Assalamualaikum,

Baru balik dari Pulau Pangkor. Bercuti dgn ibu n ayah mertua, adik ipar dan wife.. Seronok mandi laut tp yg tak seronok gambar yg diambil dgn handfone tak dapat tayang kat sini. Handfone masuk air laut!!! Adoyai.. sedihnya. Bole buat alasan nak beli handfone baru le.. Haha.

Overall, seronok jugak ke Pulau Pangkor. Dengan sebijik kereta sewa yg boleh dinaiki tp belum pasti kemampuannya membawa kami yg muatan berat ni, Alhamdulillah dapat keliling pulau hanya dalam masa 30minit! Tak banyak benda di Pulau Pangkor. Ada Kota Belanda sahaja tempat bersejarah. Tapi kalau bab spending time and money tu boleh habis dgn main sukan air la.. I heard naik jet ski sahaja makan duit rm200+! Woohoo..

Well, dpt naik bot tgk pulau-pulau kecil dgn mandi di Coral Beach pun dah kire sangat seronok. Maklumlah sejak dah besar ni, dah lama tak mandi laut. Air laut di sana jernih. Tak macam Pantai Merdeka yg sy selalu pegi mandi zaman budak kecik dulu. Mak mertua pun mandi jugak, tapi di tepi gigi air je. Teruja jugak bila sy bole terapung dalam air! Haha.

Balik ke Cameron Highlands sampai lebih kurang jam 645ptg. Penat. Lepas solat Maghrib terus collapsed. Sedar je dah pukul 1000 malam. Tgk tepi meja dah ade bubur dan air kopi. Seronoknye hidup. Huhu. Alhamdulillah. Esok kerja! Esok mak mertua n wife ajak puasa sunat!

Selamat menunaikan ibadah puasa sunat 'Asyura kpd mereka yg nak puasa dan boleh puasa.. :)


Read more
0

Selamat hari raya Aidiladha


Selamat hari raya Aidiladha...


Read more
0

Ya Allah..


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.

Ayat ini sangat terkesan di dalam diri saya dan isteri.. Mudah-mudahan Allah swt memberikan jalan keluar dan menghancurkan kejahatan...





Read more
4

Hari ini dalam sejarah..




Kea Farm tempat Aunty jual sayur.. tapi ni gambar lama Kea Farm..
Gambar diculik dari http://destinasicameronhighlands.blogspot.com


Hari ini hari Deepavali. Hari cuti umum dan saya tak on-call. Saya ada dapat jemputan ke rumah tauke sayur yg isteri saya selalu beli sayur dengan dia. Hari ini lebih santai dan kami takde ape-ape perancangan awal melainkan sekadar untuk melawat tauke sayur isteri saya tu. Bangun pagi tadi saya terasa nak turun ke Ipoh pulak. Isteri saya memang tak menolak punya kalau diajak berjalan-jalan. Duduk di rumah pun boring.

Selepas kami hadir ke rumah tauke sayur isteri saya (yg sy tak tau nama ape, kami just panggil Aunty saja); kami pun bergerak turun ke Ipoh. Perjalanan melalui jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai memakan masa lebih kurang 1jam 30 minit. Kami bertolak jam 1250 tengahari. Hari ini banyak betul kereta di atas jalan. Lebih banyak dari biasa sebab masing-masing mengambil peluang cuti umum Deepavali untuk bersiar-siar ke Cameron Highlands. Bukan sahaja kereta, banyak jugak konvoi motosikal berkuasa besar yang turut ke sini. Yang tak syoknye, sesuka hati je diorang ni merempit dan layan selekoh. Tak respek langsung pada kereta dan lori.

Sampai di Simpang Pulai, saya berhenti solat Zuhur di surau stesyen Petronas Simpang Pulai. Saya solat penuh Zuhur empat raka'at. Sementara isteri saya solat jama' qasar Zuhur dan Asar. Selesai solat, isteri saya masih lagi nak makan McDonald's Mac value lunch. Nasib baik sempat lagi, sebab jam masa tu dah dekat pukul 3 petang. Alhamdulillah, saya membelanja diri saya dan isteri saya makan Double cheese burger dan BigMac. Jahanam lagi lah program diet kami.

Gambar culik http://versikontra.blogspot.com

Oh ya, sebenarnya saya turun ke Ipoh sebab nak survey harga jam digital azan. Jam yang selalu kita nampak dekat dinding masjid atau surau yang berbunyi bila masuk waktu solat. Saya berminat nak beli jam tu sebab rumah kami di hospital ni tak dapat dengar azan dari masjid atau surau. Masjid Abu Bakar atas bukit lebih kurang 1 kilometer dari rumah, tapi azan tak dapat dengar. Kalau ada jam azan tu senang sikitlah untuk ingat waktu solat dah masuk.

Kami ke Tesco Extra dulu. Ada kedai jam tapi tak ada jual jam azan. Kami pergi pulak ke Tesco Ipoh. Ada sebuah kedai kaligrafi dan jam di situ. Arab pulak tu yang jual. Jam digital yang saya cari tu ada di jual dengan harga RM100 ke atas bergantung kepada saiz dan coraknya. Memang secara zahirnya jam tu sesuai, sebab bila masuk waktu akan kedengaran azan. Akan tetapi, saya tak jadi beli sebab jam itu menentukan waktu solat mengikut kod tempat. Sebagai contoh, bila kita set kan kod 583 itu bermaksud daerah Ipoh, Perak. Secara automatik jam itu akan memaparkan waktu solat. Tetapi saya tak pasti waktu itu bertepatan dengan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak.

Bila saya tanya jurujual tentang daerah yang lain, beliau cakap boleh tengok dalam buku panduan. Sambil isteri saya tanya itu ini pada jurujual tu, saya belek buku panduan jam tersebut. Seperti yang saya jangkakan, kod daerah untuk Malaysia memang sangat tidak lengkap. Hanya ada beberapa bandar sahaja antaranya Kuala Lumpur dan Ipoh. Cameron Highlands jangan haraplah nak ada, sebab Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Alor Setar, George Town pun tak ada. Boleh pulak jurujual tu cakap waktu solat Ipoh dan Taiping sama saja, sebab tu tak ada dalam buku panduan tu. Habis tu waktu solat Kota Kinabalu, Kuching dan JB tu sama dengan daerah mana pulak? Terus saya tak jadi nak beli jam tu.

Saya ada survey jugak dengan Uncle Google pasal jam ni. Harga paling murah adalah RM 320. Huhu. Tapi jam yang dijual tu memang berkualiti dan nampak berbaloi dengan harganya. Syarikat yang jual tu nama Promas. Cuma cara nak beli sahaja saya tak berapa nak faham. Ada nombor telefon tapi belum terasa nak call lagi masa ni. Jam yang dijual oleh syarikat ni boleh di set mengikut jadual waktu solat keluaran Jabatan Mufti tempatan. Banyak masjid dan surau juga sekolah yang membeli dari syarikat ini. Mungkin saya pun akan beli dari syarikat ni jugak nanti.

Oh isteri saya sekarang giat berusaha menurunkan berat badan. Hihi. Sebenarnya dia tanya saya kalau dia berjaya turunkan berat badan, apa yang saya nak hadiahkan? Saya cakap percutian ke Kuching, Sarawak. Dia mintak ke Bali, Indonesia tapi saya cakap pegi Kuching dululah memandangkan dia belum pernah ke sana. Sebab tu, tiap-tiap hari dia akan timbang berat badan! Haha. Lepas tu monyok sebab kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Saya cakap timbanglah seminggu sekali barulah nampak perbezaan. Tapi dia cakap nanti dia takde semangat nak diet. Dia nak tengok program diet dia berkesan setiap hari. Huhu.

Program diet saya memang tak berapa nak berjaya. Sebab utama adalah makan tak kurang, senaman takde. :P InsyaAllah, kami akan berusaha turunkan berat badan. Sebab hari ni dah beli sesuatu untuk bantu kami turunkan berat badan. Hehe. Tapi.... malam ni saya dah masak mee goreng la pulak. Adoyai.. dugaan betullah.

Semalam semalam saya browse through beberapa blog. Saya terbaca tetang Bismillah 5 dan Bismillah 6. Banyak jugak khasiatnya yg tertulis, tapi saya nak tau asal-usul dan apa yang Ulama kita ulaskan tentang Bismillah ini. Rupanya bukan Bismillah 5 dan 6 sahaja, ada lagi Bismillah 7, 9, 20 dan sebagainya. Mula-mula saya ingat nak amalkan, tapi bila saya baca pandangan Ustaz Dr Abdul Hayei Abd Shukor nasihatkan, saya pun tak jadi nak amalkan. Saya tak pasti bernasab dari mana Bismillah-bismillah ni dan kesahihannya.

Terjumpa pula dalam dok belek blog orang tu tentang kaedah menghafaz al-Quran. Saya ada tampalkan kaedah itu pada entri saya semalam. Kaedah ini diberikan oleh salah seorang imam di Masjid an-Nabawi, Madinah. Saya rasa nak cuba hafaz al-Quran pulak. Semasa di sekolah menengah dulu dah hafaz tapi banyak yang sudah hilang dari hafazan. InsyaAllah, saya nak cuba kaedah ini pula. Mudah-mudahan berjaya. Amin.

Ok lah saya stop dulu di sini. InsyaAllah ada masa saya tulis lagi.




Read more
0

Kaedah Menghafaz al-Quran





Oleh:



Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim
Imam dan Khathib Masjid Nabawi, Madinah

Keistimewaan kaedah ini adalah seseorang akan memperolehi kekuatan dan keteguhan hafalan serta mengambil masa yang singkat dalam menghafal keseluruhan Al-Quran. Berikut akan dipaparkan kaedahnya beserta contoh dalam menghafal surah Al-Jumuah:
  1. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
  2. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
  3. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
  4. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
  5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  6. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
  7. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
  8. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
  9. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
  10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana akan menyebabkan hafalan bertambah berat dan sukar.

MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA

Jika ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru dengan kaedah yang sebutkan di atas, maka anda harus membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali supaya hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka memulai hafalan baru dengan kaedah yang disebutkan di atas.

MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU

Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini boleh menyebabkan banyak kehilangan hafalan yang pernah dibuatl sebelum ini. Oleh itu, kaedah yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru.
Bahagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, dimana mana satu bahagian mengandungi 10 juz. Jika dalam sehari telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga menyelesaikan 10 juz. Jika telah menhabiskan 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 halaman.
Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika kamu telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari hendaklah mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar mengikut kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 halaman sehingga menyelesaikan keseluruhan Al-Qur’an.
Jika telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya mengulangi setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.

CARA MERAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH MENYELESAIKAN KAEDAH MURAJA’AH DI ATAS

Mulailah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan cara ini, mudah untuk mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam setiap dua minggu.
Dengan kaedah seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama setahun penuh.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangInya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, hendaknya bacaan Al-Qur’an yang kamu baca setiap hari hingga akhir hayatmu adalah bacaan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hidup baginda.
Rasulullah membahagikan isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (dimana setiap harinya beliau membaca satu bahagian tersebut), sehingga beliau mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.
Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah SAW,
“Bagaimana caranya kalian membagi Al-Qur`an untuk dibaca setiap hari?” Mereka menjawab:
نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ.
Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni): Tiga surat, lima surat, tujuh surat, sembilan surat, sebelas surat, tiga belas surat, dan hizb al-mufashshal yaitu dari surat Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).
Maksudnya:
  • Hari pertama: Mereka membaca surat “al-fatihah” hingga akhir surat “an-nisa`”.
  • Hari kedua: Dari surat “al-maidah” hingga akhir surat “at-taubah”.
  • Hari ketiga: Dari surat “Yunus” hingga akhir surat “an-nahl”.
  • Hari keempat: Dari surat “al-isra” hingga akhir surat “al-furqan”.
  • Hari kelima: Dari surat “asy-syu’ara” hingga akhir surat “Yasin”.
  • Hari keenam: Dari surat “ash-shaffat” hingga akhir surat “al-hujurat”.
  • Hari ketujuh: Dari surat “qaaf” hingga akhir surat “an-nas”.
Para ulama menyingkat bacaan Al-Qur`an Nabi -shallallahu alaihi wasallam- ini menjadi kata: ”فَمِي بِشَوْقٍ“. Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surat yang dibaca oleh Nabi -shallallahu alaihi wasallam- pada setiap harinya. Maka:
  • Huruf “fa`” adalah simbol dari surat “al-fatihah”. Maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari pertama dimulai dari surah al-fatihah.
  • Huruf “mim” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kedua dimulai dari surah al-maidah.
  • Huruf “ya`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.
  • Huruf ”ba`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al-isra`.
  • Huruf “syin” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kelima dimulai dari surah asy-syu’ara`.
  • Huruf “waw” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keenam dimulai dari surah wash shaffat.
  • Huruf “qaaf” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketujuh dimulai dari surah qaf hingga akhir muashaf yaitu surah an-nas.

CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membedakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut kamu hampir sama (mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbedaan antara kedua ayat tersebut, cermatilah perbedaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hatimu) yang bisa kamu jadikan sebagai tanda untuk membedakan antara keduanya. Kemudian, ketika kamu melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbedaan tersebut secara berulang-ulang sampai kamu mutqin dalam mengingat perbedaan antara keduanya.

BEBERAPA KAEDAH, PANDUAN DAN TIPS DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN:

  1. Menghafal melalui bantuan seorang guru.
  2. Hafalkanlah 2 halaman setiap hari: 1 halaman setelah subuh dan 1 halaman setelah ashar atau maghrib. Dengan cara ini (insya Allah) akan boleh menghafal Al-Qur`an secara mutqin dalam setahun. Tetapi jika ditambah kapasiti hafalan setiap hari, akan melemahkan kemampuan proses hafalan.
  3. Untuk lebih mudah, mulakan hafalan dari Surah An-Nas hingga Surah Al-Baqarah. Setelah selesai hafalan mengikut urutan itu, mulakan pula dari Surah Al-Baqarah sampai ke surah An-Nas.
  4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf saja (baik dalam cetakan maupun bentuknya). Ini akan membantu dalam menguatkan hafalan dan supaya lebih cepat mengingati letak-letak kedudukan ayat mengikut halaman mushaf Al-Quran.
  5. Seseorang yang menghafal Al-Qur’an pada 2 tahun pertama biasanya apa yang telah dihafal akan mudah hilang, dan masa ini disebut fasa at-tajmi’ (pengumpulan hafalan). Janganlah bersedih kerana ada sebahagian hafalan yang akan lupa atau terkeliru dalam hafalan. Anggap ini adalah fasa ujian. dimana syaitan dan menghasut kita untuk berhenti dari menghafal Al-Qur`an.



Read more
0

Renungan





Surah al-Fatihah ayat 1-5

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam;
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani;
Yang menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Hari Akhirat);
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan;
Tunjukilah kami jalan yang lurus;
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

Surah al-Baqarah ayat 1-5

Alif, Lam, Mim;
Kitab al-Quran ini, tiada sebarang syak (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyahng serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka;
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya);
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya;

Surah al-Baqarah ayat 102

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui;






Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)







Read more
0

Ruqyah syar'iyah

Untuk menghalau atau mengesan jin di dalam diri atau tempat tinggal. Bacakan selalu ayat-ayat ini.


  1. Surah Al-Fatihah
  2. Surah Al-Baqarah ; Ayat 1-5
  3. Surah Al-Baqarah ; Ayat 102
  4. Surah Al-Baqarah ; Ayat 163-164
  5. Surah Al-Baqarah ; Ayatul Kursi
  6. Surah Al-Baqarah ; Ayat 285-286
  7. Surah Ali-Imran ; Ayat 18-19
  8. Surah Al-'Araf ; Ayat 54-56
  9. Surah Al-'Araf ; Ayat 117-122
  10. Surah Yunus ; Ayat 81-82
  11. Surah Toha ; Ayat 69
  12. Surah Al-Mukminun ; Ayat 115-118
  13. Surah As-Soffaat ; Ayat 1-10
  14. Surah Al-Ahqaaf ; Ayat 29-32
  15. Surah Ar-Rahman ; Ayat 33-36
  16. Surah Al-Hasyr ; Ayat 21-24
  17. Surah Al-Jin ; Ayat 1-9
  18. Surah Al-Ikhlas
  19. Surah Al-Falaq
  20. Surah An-Naas
Read more
0

Salam Ramadhan


Selamat menempuh 15 hari terakhir Ramadhan..

Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil'' Riwayat Ibn Majah


Read more
0

Update

Assalamualaikum..

Sudah lama saya tak menulis di dalam blog sy.. masih ada lagi rupanya pengunjung yg tersesat di dalam blog ini. Terima kasih kepada semua yg mengunjungi blog ni secara nyata atau pun secara tidak nyata. Samada sahabat sekelian men'jerit' di dalam 'kotak jerit' (shoutbox) saya atau pun tidak. Untuk menulis, kadangkala sy perlukan semangat dan mood. Semangat dan mood untuk menulis itu kadangkala datang bila saya tengok ada respon dari pelawat tentang topik2 yg sy utarakan.

Banyak perkara telah berlalu semenjak kita masuk ke tahun baru ni. Saya malas nak coretkan di sini. Tapi untuk kali ini sy nak tuliskan tentang kematian. Suatu kenyataan yg tidak mampu ditolak oleh sesiapa termasuk saya. Samada sedar atau pun tidak, sehari ke sehari kita menghampiri kematian. Titik terakhir hidup kita di dunia. Dan detik pertama perjalanan kita ke alam baqa.

Baru sahaja minggu lepas, sy menyaksikan di hadapan mata saya sebuah kematian. Anak seorang staf saya meninggal dunia di depan mata saya dan rakan doktor yg lain. Bantuan hayat yg kami berikan tidak berjaya menyelamatkannya. Sy rasa agak kecewa. Tapi saya teringatkan kata-kata seorang teman saya dulu. "Kita hanya berusaha untuk selamatkan nyawa, bukan untuk tentukan siapa hidup dan siapa mati"

Kami berusaha dengan peralatan, ubat-ubatan, skil dan bantuan CPR yg ada untuk selamatkan dia, tetapi kita tak boleh lupa bahawa dia tetap akan pergi juga jika itulah kehendak Allah. Kawan saya seorang Kristian berkata God loves him more than us. Allah lebih sayangkan dia dari kita.


Read more
0

Maklumbalas

Assalamualaikum..





Tengahari tadi sy dan rakan doktor yg lain ber'mesyuarat' secara tak rasmi. Apa yg kami bincangkan adalah berkenaan sebuah komen di dalam sebuah akhbar yg disiarkan beberapa bulan lepas. Komen tersebut tak menyatakan secara spesifik nama, tarikh dan juga hospital yg dimaksudkan. Komen itu berbunyi:

Cara layanan yg diberi oleh kakitangan sebuah hospital salah sebuah daerah terutama sekali di tempat kecemasan layanan sambil lewa. Doktor 'on call' patut berada di tempat yg sepatutnya, tetapi kenapa doktor berada di rumah, harap pihak pengarah beri perhatian kepada kakitangannya jangan harapkan bonus, kerja biar ikhlas kerana gaji untuk menanggung anak bini

-SAKIT HATI

Pertama sekali encik SAKIT HATI ini tak ikhlas dalam membuat komen. Komen terbuka yg tak spesifik seperti ini menunjukkan yg encik SAKIT HATI ni bukan betul-betul nak komen, tapi sekadar nak cari publisiti murahan. Sebutlah nama staf yg terlibat (nama staf KKM memang terpampang jelas di tag nama kami, lainlah kalau encik SAKIT HATI ni OKU cacat penglihatan...). Sebutlah juga tarikh dan jam peristiwa 'hitam' tu berlaku. Kerana staf hospital bertugas mengikut syif, jadi senang nak jejak semula kes ni. Paling penting sebutlah nama hospital tu dengan jelas. Barulah tindakan dapat diambil dengan berkesan. Kalau setakat komen macam di atas ni, buang karen saja hantar ke akhbar.

Kedua sy rasa encik SAKIT HATI ini tak nyatakan dengan jelas apa sebenarnya masalah yg dia hadapi dengan hospital itu. Apa yg dia tak puas hati sebenarnya? Istilah 'layanan sambil lewa' tu terlalu subjektif dan tak spesifik. Layanan bagaimana yg encik SAKIT HATI terima? Apa pula masalahnya dengan doktor on-call berada di rumah? Apa maksud encik SAKIT HATI bahawa doktor on-call perlu berada di tempat sepatutnya? Di mana tempat sepatutnya yg encik SAKIT HATI maksudkan?

Apa salahnya doktor berada di rumah? Apa encik SAKIT HATI ingat doktor tu robot ke atau binatang? Apa doktor on-call tu tak perlu makan, mandi, tukar baju, solat dan bersama keluarga ke? Nampak sangat yg encik SAKIT HATI ni tak tau langsung sistem yg diamalkan di hospital daerah.

Secara ringkasnya, untuk pengetahuan umum. Sekiranya encik-encik semua sakit, dan datang ke hospital daerah; yg pertama sekali encik-encik semua akan bertemu di Jabatan Kecemasan adalah staf kecemasan samada Penolong Pegawai Perubatan (MA @ PPP @ AMO) atau pun Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di kaunter triage @ pendaftaran.

Di sana, encik-encik semua akan didaftarkan di dalam daftar kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan dan saringan pertama (primary triage) dilakukan. Encik-encik semua akan dikategorikan mengikut tiga jenis warna iaitu Merah, Kuning atau Hijau. Warna-warna ini merujuk kepada tahap keseriusan masalah yg encik nyatakan kepada pegawai triage tadi. Warna ini juga merujuk kepada zon di mana encik-encik akan dirujuk sebentar lagi apabila dipanggil masuk ke dalam.

Jika encik-encik datang dan pegawai triage meletakkan encik ke kategori Merah, encik akan terus di bawa masuk ke zon Merah (Red Zone) yg bermaksud zon untuk pesakit sangat kritikal yg memerlukan rawatan on the spot. Contohnya encik tak boleh bernafas. Jika encik-encik jatuh dalam kategori Kuning, encik akan diminta tunggu sebentar dalam 30minit jika waktu sibuk, jika tak ada pesakit anda pun boleh masuk terus ke dalam. Kalau zon Hijau bermakna anda tidak serius dan boleh menunggu hingga 90minit. Dalam erti kata yg lebih kasar 'anda tak mati kalau terpaksa menunggu sejam pun'.. contohnya selsema.

Bila anda masuk ke dalam, pegawai yg akan melayan anda adalah Penolong Pegawai Perubatan (PPP @ MA @ AMO). Mereka akan merawat anda dan akan menentukan samada anda perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan (MO @ doktor) atau tidak. Sekiranya anda demam selsema saja, takkan anda expect untuk berjumpa MO? Ubat dan rawatan dari PPP sudah memadai.

Jika anda serius dan perlu dilihat oleh MO, barulah MO akan dipanggil. Doktor akan sampai dalam masa 5minit saja. Melainkan ada kecemasan yg lebih serius dan kritikal di wad dan sebagainya, MO akan datang lewatlah sedikit. MO akan attend kes yg lebih membahayakan nyawa dulu. Contohnya, kalau anda eksiden dan patah kaki sekarang berada di Jabatan Kecemasan, tapi dalam wad ada pesakit yg kena serangan jantung; MO akan attend pesakit serangan jantung dulu. Lepas tu barulah attend anda.

Kalau kedua-dua kes adalah membahayakan nyawa, MO oncall pasif akan dipanggil. Contohnya, anda kena serangan jantung di Jabatan Kecemasan dan sorang lagi pesakit dalam wad pun kena serangan jantung juga; anda akan dilihat oleh MO oncall aktif dan pesakit dalam wad itu akan dilihat oleh MO oncall pasif.

Berbalik kepada komen encik SAKIT HATI pasal doktor berada di rumah tu, adalah tidak praktikal dan logik doktor oncall berada 24 jam di hospital. Bila masa doktor ni nak urus diri? Kerana mengikut peraturan, kes yg memerlukan doktor melihatnya sahaja yg akan dilihat oleh doktor. Kes yg ringan akan dirawat oleh PPP. Doktor pun berada dalam kawasan hospital juga kerana kuarters doktor memang sangat dekat dengan hospital. Jadi, tak timbul masalah jika doktor tidak berada 24jam di Jabatan Kecemasan atau wad.

Rakyat Malaysia terlalu manja dan ego. Orang Malaysia tak boleh bersabar, dan nak mereka dilayan seperti raja. Kalau anda nak staf layan anda macam raja, tak fikir ke apa perasaan pesakit lain yg turut ada kehendak dilayan segera? Jabatan Pesakit Luar setiap hari ada 160-200 pesakit datang; doktor yg merawat ada 2-3 orang sahaja, logikkah anda nak dilayan segera??? Apa perasaan anda kalau doktor rawat anda cincai saja untuk memendekkan masa menunggu? Tentu anda nak buat komen doktor rawat sambil lewa pula. Kalau doktor teliti merawat, sudah tentu akan ada pesakit yg terpaksa menunggu lebih masa. Ini perkara logik. Lainlah jika Jabatan di hospital ada 200 orang doktor!! Bolehlah anda dilayan on the spot!

Ada juga yg kritik konon doktor dan nurse nak cepat-cepat balik bila jam sudah pukul 5 ptg. Kalau anda ke Jabatan kerajaan yg lain, pukul 430ptg kaunter sudah ditutup. Tinggal satu saja yg dibuka. Itu pun pegawai kaunter kejap ada kejap tak ada. Tapi, jika anda ke hospital kaunter dibuka sampailah jam 5 petang tepat! Even jika anda datang jam 5 petang pun, doktor masih menunggu. Kritikan begini sangat melampau. Kerana anda yg mengkritik seperti ini, bukan manusia yg ada perasaan, tetapi barangkali robot! Anda tak praktikal dalam mengkritik.

Kalau anda ke negara maju, demam selsema tak perlu jumpa doktor! Beli saja ubat dari farmasi. Apa keperluan anda jumpa doktor jika sekadar demam selsema? Tapi di Malaysia, KKM memanjakan anda sampaikan ke tahap kulit calar bergesel dinding pun boleh jumpa doktor. Jadilah manusia yg bersyukur dan berterima kasih. Bukan tak boleh mengkritik, tapi biarlah kritikan yg membina. Jangan ingat customer is always right. Peribahasa ni dah tak releven.

Read more