Selama ini tertanya-tanya kenapa mudah bagi pasangan lain; tetapi agak sukar bagi saya dan isteri.. mengapa kadang-kadang saya rasa susah nak memahami diri dia.. apa yang dia mahukan.. kadang-kadang saya pelik kenapa lawak bodoh yang saya buat, dia faham lain. Kadang-kadang dia buat lawak bodoh, tapi saya pulak terasa hati. Bukan sehari saya hidup dengan dia, tapi saya masih tak faham.
Sejak semalam saya habiskan masa membaca sebuah novel. Isteri saya beriya-iya nak saya baca novel setebal 3inci tu. Semasa zaman student dulu, saya ada jugak membaca few novels untuk habiskan masa malas study saya. Tapi zaman membaca novel tu dah terlalu lama saya tinggalkan. Pernah suatu masa saya jadi fed up dengan novel. Pada saya novel tu cuma khayalan semata-mata.
Tapi novel yang saya kena baca semalam, dan berjaya saya tamatkan petang tadi sedikit berbeza.. banyak sangat panduan dan tips hidup berumahtangga di dalamnya. Kalau orang perempuan baca, sure terpesona dengan watak utama heronya kot.. tapi di sebalik keindahan watak itu digarap, saya sedar ada sesuatu yang penulis hendak sampaikan..
Thanks a lot to adik ipar saya yang beli novel tu and ditinggalkan dekat rumah saya. Huuhu.. Saya rasa novel tu santai penyampaiannya tetapi berjaya menyampaikan terlalu banyak ilmu. Salah satu yang berjaya dan sangat menyentuh hati saya adalah bila disebutkan bagaimana doa kita akan dimakbulkan Allah s.w.t. sedangkan masih banyak penghalang atau hijab yang merentang antara doa kita dan Allah s.w.t.
Saya dan isteri sudah lama berdoa agar Allah s.w.t. kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Setiap kali solat fardhu, solat Jumaat dan moments yang mustajab doa saya telah cuba untuk memohon. Tetapi Allah s.w.t. masih menangguhkan jawapan kepada doa saya dan isteri. Saya yakin isteri saya juga berdoa, malah mungkin dia lebih-lebih lagi berusaha. Tapi Allah s.w.t. ada sesuatu yang istimewa yang ditahan dari ditunaikan.
Sehinggalah pada malam ini, saya tersentak dari khayalan kot. Selama ini saya sabarkan diri dengan salah satu pesan Dato' Siti Norbahyah Mahmood iaitu "Nabi Ibrahim a.s. berdoa untuk dikurniakan anak, ketika umurnya 80 tahun baru Allah s.w.t. tunaikan". Kalau kekasih-Nya perlu dan sabar menunggu dan berdoa selama berpuluh tahun, kenapa saya baru 2 tahun sudah terasa penat? Dengan kata-kata itu saya tabahkan hati terus berdoa.
Tapi bila baca novel tu, saya tersedar kenapa saya berdoa sahaja selama ini. Kenapa saya tak buang semua hijab antara doa saya dan Allah s.w.t. Malam ini saya memulakan langkah baru saya untuk bersihkan hati dan diri saya dari dosa-dosa. Tak tau kenapa lepas solat Maghrib tadi airmata saya menitis banyak. Saya sedih dengan dosa-dosa saya. Saya takut jika Allah s.w.t. lepaskan lagi pegangannya pada hati saya.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. terus membimbing hati saya selepas ini untuk terus di jalan-Nya. Tetap dan istiqamah. Bukan macam dulu-dulu. Zaman saya insaf ketika datang mood nak insaf dan kembali lalai bila saya tak ada mood untuk insaf. Mudah-mudahan Allah s.w.t. lembutkan hati saya untuk kembali kepada-Nya dan mudah-mudahan Allah s.w.t. terima saya kembali kepada-Nya.
Saya nak jadi suami yang baik untuk isteri saya. Saya nak membimbing dia ke syurga. Oleh itu, saya perlu berubah dan membimbing diri saya dulu, sebelum saya boleh membimbing dia. Saya sayangkan dia. Sayang yang tak tau macam mana nak saya gambarkan.
26122012@2240