Cara layanan yg diberi oleh kakitangan sebuah hospital salah sebuah daerah terutama sekali di tempat kecemasan layanan sambil lewa. Doktor 'on call' patut berada di tempat yg sepatutnya, tetapi kenapa doktor berada di rumah, harap pihak pengarah beri perhatian kepada kakitangannya jangan harapkan bonus, kerja biar ikhlas kerana gaji untuk menanggung anak bini
Pertama sekali encik SAKIT HATI ini tak ikhlas dalam membuat komen. Komen terbuka yg tak spesifik seperti ini menunjukkan yg encik SAKIT HATI ni bukan betul-betul nak komen, tapi sekadar nak cari publisiti murahan. Sebutlah nama staf yg terlibat (nama staf KKM memang terpampang jelas di tag nama kami, lainlah kalau encik SAKIT HATI ni OKU cacat penglihatan...). Sebutlah juga tarikh dan jam peristiwa 'hitam' tu berlaku. Kerana staf hospital bertugas mengikut syif, jadi senang nak jejak semula kes ni. Paling penting sebutlah nama hospital tu dengan jelas. Barulah tindakan dapat diambil dengan berkesan. Kalau setakat komen macam di atas ni, buang karen saja hantar ke akhbar.
Kedua sy rasa encik SAKIT HATI ini tak nyatakan dengan jelas apa sebenarnya masalah yg dia hadapi dengan hospital itu. Apa yg dia tak puas hati sebenarnya? Istilah 'layanan sambil lewa' tu terlalu subjektif dan tak spesifik. Layanan bagaimana yg encik SAKIT HATI terima? Apa pula masalahnya dengan doktor on-call berada di rumah? Apa maksud encik SAKIT HATI bahawa doktor on-call perlu berada di tempat sepatutnya? Di mana tempat sepatutnya yg encik SAKIT HATI maksudkan?
Apa salahnya doktor berada di rumah? Apa encik SAKIT HATI ingat doktor tu robot ke atau binatang? Apa doktor on-call tu tak perlu makan, mandi, tukar baju, solat dan bersama keluarga ke? Nampak sangat yg encik SAKIT HATI ni tak tau langsung sistem yg diamalkan di hospital daerah.
Secara ringkasnya, untuk pengetahuan umum. Sekiranya encik-encik semua sakit, dan datang ke hospital daerah; yg pertama sekali encik-encik semua akan bertemu di Jabatan Kecemasan adalah staf kecemasan samada Penolong Pegawai Perubatan (MA @ PPP @ AMO) atau pun Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di kaunter triage @ pendaftaran.
Di sana, encik-encik semua akan didaftarkan di dalam daftar kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan dan saringan pertama (primary triage) dilakukan. Encik-encik semua akan dikategorikan mengikut tiga jenis warna iaitu Merah, Kuning atau Hijau. Warna-warna ini merujuk kepada tahap keseriusan masalah yg encik nyatakan kepada pegawai triage tadi. Warna ini juga merujuk kepada zon di mana encik-encik akan dirujuk sebentar lagi apabila dipanggil masuk ke dalam.
Jika encik-encik datang dan pegawai triage meletakkan encik ke kategori Merah, encik akan terus di bawa masuk ke zon Merah (Red Zone) yg bermaksud zon untuk pesakit sangat kritikal yg memerlukan rawatan on the spot. Contohnya encik tak boleh bernafas. Jika encik-encik jatuh dalam kategori Kuning, encik akan diminta tunggu sebentar dalam 30minit jika waktu sibuk, jika tak ada pesakit anda pun boleh masuk terus ke dalam. Kalau zon Hijau bermakna anda tidak serius dan boleh menunggu hingga 90minit. Dalam erti kata yg lebih kasar 'anda tak mati kalau terpaksa menunggu sejam pun'.. contohnya selsema.
Bila anda masuk ke dalam, pegawai yg akan melayan anda adalah Penolong Pegawai Perubatan (PPP @ MA @ AMO). Mereka akan merawat anda dan akan menentukan samada anda perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan (MO @ doktor) atau tidak. Sekiranya anda demam selsema saja, takkan anda expect untuk berjumpa MO? Ubat dan rawatan dari PPP sudah memadai.
Jika anda serius dan perlu dilihat oleh MO, barulah MO akan dipanggil. Doktor akan sampai dalam masa 5minit saja. Melainkan ada kecemasan yg lebih serius dan kritikal di wad dan sebagainya, MO akan datang lewatlah sedikit. MO akan attend kes yg lebih membahayakan nyawa dulu. Contohnya, kalau anda eksiden dan patah kaki sekarang berada di Jabatan Kecemasan, tapi dalam wad ada pesakit yg kena serangan jantung; MO akan attend pesakit serangan jantung dulu. Lepas tu barulah attend anda.
Kalau kedua-dua kes adalah membahayakan nyawa, MO oncall pasif akan dipanggil. Contohnya, anda kena serangan jantung di Jabatan Kecemasan dan sorang lagi pesakit dalam wad pun kena serangan jantung juga; anda akan dilihat oleh MO oncall aktif dan pesakit dalam wad itu akan dilihat oleh MO oncall pasif.
Berbalik kepada komen encik SAKIT HATI pasal doktor berada di rumah tu, adalah tidak praktikal dan logik doktor oncall berada 24 jam di hospital. Bila masa doktor ni nak urus diri? Kerana mengikut peraturan, kes yg memerlukan doktor melihatnya sahaja yg akan dilihat oleh doktor. Kes yg ringan akan dirawat oleh PPP. Doktor pun berada dalam kawasan hospital juga kerana kuarters doktor memang sangat dekat dengan hospital. Jadi, tak timbul masalah jika doktor tidak berada 24jam di Jabatan Kecemasan atau wad.
Rakyat Malaysia terlalu manja dan ego. Orang Malaysia tak boleh bersabar, dan nak mereka dilayan seperti raja. Kalau anda nak staf layan anda macam raja, tak fikir ke apa perasaan pesakit lain yg turut ada kehendak dilayan segera? Jabatan Pesakit Luar setiap hari ada 160-200 pesakit datang; doktor yg merawat ada 2-3 orang sahaja, logikkah anda nak dilayan segera??? Apa perasaan anda kalau doktor rawat anda cincai saja untuk memendekkan masa menunggu? Tentu anda nak buat komen doktor rawat sambil lewa pula. Kalau doktor teliti merawat, sudah tentu akan ada pesakit yg terpaksa menunggu lebih masa. Ini perkara logik. Lainlah jika Jabatan di hospital ada 200 orang doktor!! Bolehlah anda dilayan on the spot!
Ada juga yg kritik konon doktor dan nurse nak cepat-cepat balik bila jam sudah pukul 5 ptg. Kalau anda ke Jabatan kerajaan yg lain, pukul 430ptg kaunter sudah ditutup. Tinggal satu saja yg dibuka. Itu pun pegawai kaunter kejap ada kejap tak ada. Tapi, jika anda ke hospital kaunter dibuka sampailah jam 5 petang tepat! Even jika anda datang jam 5 petang pun, doktor masih menunggu. Kritikan begini sangat melampau. Kerana anda yg mengkritik seperti ini, bukan manusia yg ada perasaan, tetapi barangkali robot! Anda tak praktikal dalam mengkritik.
Kalau anda ke negara maju, demam selsema tak perlu jumpa doktor! Beli saja ubat dari farmasi. Apa keperluan anda jumpa doktor jika sekadar demam selsema? Tapi di Malaysia, KKM memanjakan anda sampaikan ke tahap kulit calar bergesel dinding pun boleh jumpa doktor. Jadilah manusia yg bersyukur dan berterima kasih. Bukan tak boleh mengkritik, tapi biarlah kritikan yg membina. Jangan ingat customer is always right. Peribahasa ni dah tak releven.