Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Aliff Firdaus menggantikan Nur Kasih malam nie..

SELEPAS episod akhir Nur Kasih yang disiarkan TV3 malam Aidiladha lalu mencatat rating tertinggi sebanyak lima juta penonton, pastinya penonton siri itu mengharapkan pengganti drama itu dapat menyajikan yang lebih bagus lagi. Justeru, tugas berat itu terpaksa digalas pengarah berbakat tanah air, Rashid Sibir menerusi karya terbarunya, Aliff Firdaus.

Tidak berhasrat menyaingi atau bertanding dengan drama popular arahan Khabir Bathia itu, Rashid sekadar mengakui setiap drama disiarkan memiliki kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, tidak mahu menghampakan harapan penonton, Rashid menjanjikan drama yang terbaik dan bermutu.

Rashid berkata memandangkan catatan rating Nur Kasih tinggi, tidak dinafikan tekanan untuk menghasilkan drama terbaru arahannya itu tetap ada. Namun, Rashid berusaha mengelak kebimbangan itu kerana yakin terhadap karyanya.

"Saya tidak meletakkan sasaran rating yang terlalu tinggi untuk drama ini walaupun sangat mengharapkannya. Apa yang pasti, saya cuba sedaya upaya menghasilkan Aliff Firdaus dengan kualiti terbaik. Tidak ketengahkan cerita yang 'berat' tetapi penonton boleh faham setiap mesej.

"Bahkan, ini bukan kali pertama saya sahut cabaran tugas berat ini. Dulu pun, selepas drama seram arahan Khabir, Kekasihku Seru 'meletup', saya diminta TV3 menghasilkan Keliwon dan syukur kerana Keliwon berjaya mendapat sambutan baik.

"Dalam soal ini paling utama jalan cerita. Untuk Aliff Firdaus ini kisahnya sudah ada cuma memerlukan sentuhan terbaik. Justeru, saya mendapat idea mewujudkan cerita mengetengahkan nilai kehidupan," katanya.

Menurut Rashid lagi, kerana itu dia menzahirkan watak Haji Madi lakonan Nasir Bilal Khan yang juga bapa kepada Aliff Firdaus (Beego) sebagai lelaki dan ayah yang bersikap terbuka terhadap pilihan anaknya. Paling penting baginya keberkatan dunia dan akhirat.

Sebanyak 26 episod, Rashid berkata dia mengambil kisah Rasullullah SAW dalam menghasilkan jalan cerita Aliff Firdaus sebagai peringatan kepada masyarakat yang semakin leka mencari harta.

"Justeru, di KL (Kuala Lumpur) ini boleh dikatakan warganya kurang nilai kekeluargaan. Ibu bapa sibuk bekerja dan mencari duit untuk anak sehingga ada sesetengahnya mengabaikan keluarga. Anak yang sudah dewasa pun terlupa mereka masih ada ibu bapa.

"Melihatkan situasi ini, sedih dibuatnya. Disebabkan itu, Aliff Firdaus mengguna pakai tema 'kesederhanaan suatu kesempurnaan'. Saya mahu penonton menilai mesejnya," katanya.

Memilih Selangor dan KL sebagai lokasi penggambaran, Rashid berkata dia mengambil risiko menggandingkan Irma Hasmie dan Beego sebagai teraju utama. Ujarnya, ia penting kerana kalau tidak mencuba mana tahu hasilnya.

Selain Irma sebagai Dira dan Beego, barisan pelakon lain Fadhilah Mansor (Hajah Mina), Zed Zaidi (Shahril), Fezrol Khan (Isa), Jasmin Hamid (Siti Khadijah), Kuza, Maria Farida, Khatijah Tan dan Rahim Jailani.

Petikan: cari.com.my

Aliff Firdaus mengisahkan dia mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah).

Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira, gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur.

Berhijrah ke KL dengan hati terluka, Aliff hilang haluan hidup. Adakah Aliff akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi? Mampukah dia membezakan antara kesederhanaan hidup dan kemewahan dunia? Bagaimana pula kasihnya pada Dira?




Bookmark and Share

2 comments:

MuHaMMaD86 said...

salam dr

sy tgk sat td

mcm xbest ja coz pelakon dia krg ummmmph...xtaula lps2 ni

dgr cerita dr xtgk nur kasih...btl ker?

lagu kita tahajjud cinta adala dlm drma ni...skali ltak lg bertamu lg meletup kebaboom drama 2...hahaha

Fahmi Shukur said...

haha..
tp jalan citer dia mcm best ja..
xtau la cemana kan.. bleh lwn Nur Kasih ka dak..
huhu..

Post a Comment