Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Rejab

Selamat menyambut bulan Allah kepada semua umat Islam. Tak lama lagi insyaAllah Ramadhan akan menjelma. Semoga dapat berubah.. amin..

Read more
2

Ya Rasulullah...





Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w sedang duduk bersama-sama sahabat Baginda. Seraya Baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya:

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba yang mulia di sisi Allah?"

Para sahabat terdiam, lalu seorang dari mereka menjawab:

"Para malaikat ya Rasulullah, merekalah yang paling mulia"

Baginda bersabda:

"Ya, para malaikat itu mulia, mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah, tentulah mereka mulia. Tapi bukan itu yang kumaksudkan"

Kemudian para sahabat kembali terdiam. Tiba-tiba seorang sahabat seraya berkata:

"Ya Rasulullah, tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"

Rasulullah tersenyum lalu bersabda:

"Ya, para Nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah di muka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Tetapi ada lagi yang lainnya"

Para sahabat terdiam dan tertanya-tanya siapa lagi yang mulia sehingga kemudian salah seorang dari mereka berkata:

"Ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu ya Rasulullah? Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"

Kemudian Baginda memandang satu persatu sahabat Baginda sambil tersenyum. Baginda bersabda:

"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku. Kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tentulah kalian mulia. Tetapi bukan itu yang kumaksudkan"

Para sahabat terdiam semuanya. Mereka tidak dapat berkata apa-apa lagi. Tiba-tiba Baginda menundukkan wajahnya dan menangis di hadapan para sahabat. Mereka tertanya-tanya mengapakah engkau menangis ya Rasulullah? Apabila Baginda mengangkat wajahnya, terlihatlah airmata berlinangan membasahi pipi Baginda dan janggut.

Baginda bersabda:

"Wahai saudaraku, sahabatku... Tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia, mereka akan lahir jauh dari wafatku nanti, mereka begitu mencintai Allah. Tahukah kalian? mereka tidak pernah memandangku, mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak hidup dekat denganku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya... AKU PUN SANGAT MERINDUI MEREKA. Merekalah yang mulia itu, merekalah ummatku..."


Read more
0

Salam Ramadhan


Selamat menempuh 15 hari terakhir Ramadhan..

Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil'' Riwayat Ibn Majah


Read more
0

Update

Assalamualaikum..

Sudah lama saya tak menulis di dalam blog sy.. masih ada lagi rupanya pengunjung yg tersesat di dalam blog ini. Terima kasih kepada semua yg mengunjungi blog ni secara nyata atau pun secara tidak nyata. Samada sahabat sekelian men'jerit' di dalam 'kotak jerit' (shoutbox) saya atau pun tidak. Untuk menulis, kadangkala sy perlukan semangat dan mood. Semangat dan mood untuk menulis itu kadangkala datang bila saya tengok ada respon dari pelawat tentang topik2 yg sy utarakan.

Banyak perkara telah berlalu semenjak kita masuk ke tahun baru ni. Saya malas nak coretkan di sini. Tapi untuk kali ini sy nak tuliskan tentang kematian. Suatu kenyataan yg tidak mampu ditolak oleh sesiapa termasuk saya. Samada sedar atau pun tidak, sehari ke sehari kita menghampiri kematian. Titik terakhir hidup kita di dunia. Dan detik pertama perjalanan kita ke alam baqa.

Baru sahaja minggu lepas, sy menyaksikan di hadapan mata saya sebuah kematian. Anak seorang staf saya meninggal dunia di depan mata saya dan rakan doktor yg lain. Bantuan hayat yg kami berikan tidak berjaya menyelamatkannya. Sy rasa agak kecewa. Tapi saya teringatkan kata-kata seorang teman saya dulu. "Kita hanya berusaha untuk selamatkan nyawa, bukan untuk tentukan siapa hidup dan siapa mati"

Kami berusaha dengan peralatan, ubat-ubatan, skil dan bantuan CPR yg ada untuk selamatkan dia, tetapi kita tak boleh lupa bahawa dia tetap akan pergi juga jika itulah kehendak Allah. Kawan saya seorang Kristian berkata God loves him more than us. Allah lebih sayangkan dia dari kita.


Read more
1

AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

AKU, KAU BERBEZA... AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Read more
2

Keindahannya...

Allah berfirman didalam sebuah hadith kudsi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat
untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk
...mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk
mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku
memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana
ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat
dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta
itu ada."
Read more
3

Jodoh Ketentuan Tuhan



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Petikan dari: iLuvIslam
Read more
0

Kelahiran Rasulullah s.a.w.




Tinggal tak berapa hari sahaja lagi tibanya tarikh 12 Rabi'ul Awal yg merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Walau pun ada banyak pendapat berkenaan tarikh kelahiran baginda ini, tetapi kita mengambil pendapat yg masyhur iaitu 12 Rabi'ul Awal. Saya juga tak berniat nak bangkitkan isu tarikh itu. Apa yg saya hendak kongsikan adalah peristiwa-peristiwa yg muncul ketika detik-detik kelahiran baginda yg kebanyakan kita tak tahu termasuklah saya.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad''

Kelima, semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Keenam, semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ketujuh, dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :

"Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?"

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.



"Sesiapa yang mentaati aku, maka sesungguhnya dia mentaati Allah swt. Dan siapa yang mengingkari aku, maka sesungguhnya ia menderhakai Allah swt."
Hadith Riwayat Muslim dan at-Tirmizi


Read more
2

A simple thought


Have you ever thought of something that you yourself do not know what it is? Its like a blank stare on the skies. You know that you are looking at millions of stars, but the fact is that you don't really understand what are they. Quite complicated. Huhu.

That's the best way for me to express my feeling right now. I know that something is not right, but I don't know where to search for the solution. To make it worst, I do not even know where is the starting point of that something.

Between us, there is a very thin, transparent separating membrane that looks like nothing, but the reality is painful. What to do? I pray that some miracles would happen in the near future. But, I could feel that all the pains and sufferings that we endure together makes us a better person. And it showed us how determined is our destiny to be together. InsyaAllah.
Read more
2

An entry without title






Semenjak kali pertama sy kenal sehinggalah jam 831 mlm ini, sy tak menyimpan apa-apa di dalam hati jika dia melakukan kekhilafan. Sebabnya org cakap hati sy kering, mati dan ada juga yg lebih kurang ajar sesuka hati cakap saya berhati batu. Sebab itulah sehebat mana pun bahasa kasar yg diluahkan kepada sy, tak pernah melukakan 'hati batu' ini. Pesan cikgu sy dulu, jangan kumpul rasa marah, benci dan kecewa. Sebaliknya kita luahkan setiap hari biar bebanan hati itu reda dan tidak berpanjangan.

Tetapi semakin sy cuba untuk kawal perasaan sy, semakin Allah s.w.t. berikan lebih banyak lagi ujian-Nya. Tak usahlah sesiapa pun mendabik dada nak bercakap pasal diri sy. Even abang, kakak dan adik kandung sy sendiri pun tak faham. Apatah lagi orang lain yg sewaktu dengannya. Dan sy tak expect pun orang lain untuk memandai-mandai buat fitnah palsu lagi dusta terhadap diri sy. Dah la kenal sy dgn rapat pun tak, setakat dengar-dengar cerita yg ntah betul ntah tidak dah nak tunjuk hebat konon kenal sy sangat.

Abaikan saja lah bab orang yg tak tahu hujung pangkal tu. Apa yg nak sy sebutkan di dalam blog ini adalah untuk pertama kalinya malam ni, hati sy amat terkesan dengan sebaris ayat yg disampaikan kepada sy. Hingga sy tak dapat menahan airmata sy dari bergenang. Maha Hebat Allah s.w.t. yang menguji kami sampai ke tahap ini.

Sudahlah. Sy tak mahu jadi manusia yg menyimpan dendam seperti sesetengah orang. Pesan Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, maafkan semua orang setiap hari. Bila ada orang yg memohon maaf, kita bertanggungjawab untuk memaafkan. Walaupun ada kalanya masih diungkit-ungkit lagi, sy tak nak ambil pot. Yg penting dan utama, sy sudah menunaikan tanggungjawab sy memaafkan mereka yg berkenaan.

The end.


Read more
2

Takziah









DYMM Seri Paduka Baginda al-Mutawakkil 'Alallah al-Marhum Sultan Iskandar Ibni al-Marhum Sultan Ismail

Sultan Negeri Johor Darul Takzim



Dari Allah s.w.t kita datang, dan penghujungnya kepada Allah s.w.t jualah kembalinya kita.



Sultan Johor Darul Takzim, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.08 malam 22 Januari 2010. Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Johor pada jam 2 petang 23 Januari 2010.

  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
Read more
3

Renungan





Bila kita kesusahan, kita anggap manusia yg akan bantu kita

Bila kita kesedihan, kita anggap manusia yg akan gembirakan kita

Bila kita kesakitan, kita anggap manusia jugalah yg merawat kita

Bila kita kegelapan, kita berharap manusialah yg akan memberi cahaya

Bila kita kesesatan, kita anggap manusia akan memandu kita

Bila kita ketakutan, kita anggap manusia jugalah yg akan menenangkan kita


Sedangkan sebenarnya kita lupa bahawa

Bila kita susah, Allah senangkan kita

Bila kita sedih, Allah yg hiburkan hati kita

Bila kita sakit, Allah yg sembuhkan kita

Bila dalam kegelapan, Allah yg beri cahaya

Bila tersesat, Allah yg tunjukkan jalannya

Bila ketakutan, Allah mendampingi kita dan menghilangkan ketakutan itu


Kerana pergantungan kita kepada manusialah

Kita menjadi manusia yg lemah dan gagal

Kita menaruh harapan untuk dibantu

Kita bergantung pada manusia yg kadangkala mengecewakan

Kadangkala kita kecewa dan patah hati

Kadangkala kita jatuh dan jatuh semula dan jatuh lagi

Berkali-kali kita disakiti dan dikecewakan manusia

Kita tetap beri peluang pada manusia

Dengan harapan manusia akan bahagiakan hati kita

Tapi berulangkali itu juga manusia kecewakan lagi kita


Kenapa tidak kita mengadu pada Allah s.w.t.?

Pernahkah Allah mungkiri kita?

Pernahkah Allah sakiti hati kita?

Pernahkah Allah tinggalkan kita kesepian?

Pernahkah Allah biarkan kita keseorangan?

Pernahkah Allah biarkan kita sakit selamanya?

Pernahkah Allah biarkan kita kelaparan?

Pernahkah Allah biarkan kita ketakutan?

Pernahkah? Pernahkah? Pernahkah?


Kenapa bila kita susah, kita ingat pada Allah

Tapi bila kita senang, kita abaikan Allah

Kenapa bila kita sedih, kita baru nak ingat pada Allah

Tapi bila kita gembira, kita buat-buat tak tau pada Allah


Kita mengadu macam-macam hal pada manusia

Kita mengadu kesempitan kita pada manusia

Kita mengadu kesedihan kita pada manusia

Kita mengaduh kesakitan pada manusia

Apa yg manusia balas?

Manusia buat taktau sahaja

Seolah-olah aduan kita tak ada sehama pun nilaiannya


Kita menganggap manusia akan bersimpati pada kita

Kerana kita kata kita kenal pada manusia

Kerana kita kata kita rapat dengan manusia

Kita kata manusia itulah yg meneman kita

Kita kata manusia itulah juga yg kita sayangi

Tetapi

Manusia itulah juga yg tinggalkan kita keseorangan

Manusia itulah juga menyakiti hati kita

Manusia itu jugalah yg buat taktau pada kita

Jadi

Manusia bagaimanakah yg kita nak gantungkan pengharapan?

Manusia bagaimanakah yg kita nak harapkan simpati?

Manusia yg macam mana?


Sedangkan

Allah selalu menemani hati kita

Allah selalu hiburkan hati kita

Allah beri makan dan minum kepada kita

Allah damaikan tidur kita saban malam

Allah sejukkan hawa untuk kita berehat

Allah bawakan angin untuk sejukkan peluh kita

Allah bawakan awan untuk lindung perjalanan kita

Allah bawakan matahari untuk terangi hari-hari kita

Allah bawakan segala-galanya untuk kita

Segala-gala yg kita tak pernah sekalipun mengadu pada Allah

Itulah yg Allah bawakan



Kerana Allah Maha Tahu bahawa

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu berdusta

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu hampakan kita

Bila kita mengadu pada manusia

Manusia itu kecewakan lagi kita

Dan manusia itu kecewakan sekali lagi hati kita

Dan manusia itu kecewakan ribuan kali lagi

Dan manusia itu mungkiri lagi janji-janjinya pada kita

Dan akhirnya kita kesepian keseorangan kekecewaan


Dan Allah..

Maha Mendengar rintihan hati kita

Walau pun kita merintih pada manusia

Bukan kepada-Nya

Allah tetapkan temankan kita

Allah tetap berada bersama-sama kita

Susah mahupun senang

Terang mahupun gelap

Bahagia mahupun derita

Sakit mahupun sihat

Hidup mahupun mati


Apa yg kita tak minta pada Dia,

Allah tetap bagi

Allah tetap sayangkan kita

Allah tetap belai hati kita

Bila airmata kita menitis kerana kekecewaan dengan manusia

Allah keringkannya dengan kasih sayangNya

Bila hati kita luka akibat perbuatan manusia

Allah sembuhkan dengan kebahagiaan

Bila kita merasa dunia ini meninggalkan kita keseorangan

Allah hadir di dalam hati kita

Bila kita rasakan insan yg menyayangi kita abaikan kita

Allah berada di pinggir hati kita


Jadi bagaimana agaknya hendak kita katakan Allah tidak adil kepada kita?

Kerana Allah Maha Adil dan Maha Kasih kepada kita

Malah Allah lebih adil dari jangkauan pengetahuan dan ilmu kita



Oleh kerana itu

Berhentilah merintih kepada manusia

Berhentilah berharap pada manusia

Berhentilah mengadu pada manusia

Berhentilah berkongsi masalah dengan manusia

Berhentilah meluahkan kekusutan pada manusia

Kerana manusia itu tetap manusia juga

Manusia itu tetap akan tinggalkan kamu

Walau sedekat mana pun dia dengan kamu

Walau sekasih mana pun dia dengan kamu

Walau sedalam mana kasihmu pada dia


Oleh kerana itulah

Dan kerana itulah

Aku memutuskan harapku pada manusia

Aku memutuskan pergantunganku pada manusia

Dan aku berpaling kembali kepada Allah

Yang selalu memanggil-manggil hatiku

"Wahai hambaKu, kembalilah kepadaKu"

"Ke manakah kamu hendak pergi?"

"Apakah kamu ada Tuhan lain selain Aku?"



"Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiku dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya aku akan datang kepadamu dengan maghfirah;pengampunan sepenuh bumi pula"

Hadith Riwayat at-Tirmidzi



Firman Allah di dalam sebuah hadith Qudsi mafhumnya:

"Aku, manusia dan jin berada di dalam keadaan yg berbeza, Aku ciptakan mereka, tetapi mereka sembah yang lain, Aku kurniakan mereka, tetapi mereka bersyukur pada yg lain, Rahmat Aku turunkan kepada mereka, Amal buruk yg naik kepada Aku, Aku menawarkan kasih sayang Aku kepada mereka Sedang Aku tidak bergantung harap apa-apa dari mereka, Mereka memungkiri Aku dengan dosa-dosa Sedang mereka sangat bergantung kepadaKu, Mereka yg memuji Aku adalah hamba-hambaKu Oleh itu barangsiapa yg berkehendakkan menjadi hambaKu Maka sembahlah dan muliakanlah Aku, Mereka yg taat kepada Aku adalah mereka yg Aku kasihi Mereka yg mungkiri Aku sesungguhnya Aku tidak putuskan mereka dari rahmatKu Bila mereka bertaubat, Aku kurniakan kasih sayangKu melimpah ruah Jika mereka enggan bertaubat, Aku rawati hati mereka sehingga ia menjadi jernih kembali Amal baik dalam pandanganKu setimpal sepuluh kali ganda dan lebih Amal buruk dalam pandanganKu setimpal satu dosa dan Aku ampuni Bersaksilah Aku bersumpah dengan kemuliaan dan keagungan Aku! Jika mereka mohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampuni mereka Barangsiapa bertaubat dan kembali kepada Aku, nescaya Aku terima ia walau sejauhmana pun ia Dan sesiapa dari hambaKu yg berpaling enggan, Aku memanggilnya dengan dekat padanya "Oh hambaKu, ke manakah engkau hendak pergi? Apakah kamu punya Tuhan yang lain....?"

p/s: Bersaksilah bahawa inilah cinta yg teragung!


Read more
1

Senjakala





Pejam celik pejam celik sudah 4 hari berlalu di tahun baru. Kadangkala masa bergerak sangat pantas hinggakan tak terasa kita sudah melewati sebulan dan setahun. Benarlah pesan Nabi s.a.w. yg diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api"

Suasana Malaysia sy kira masih hangat dengan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Semalam sy join sebuah kumpulan di Facebook (linknya ada sy letak di tepi blog). Ketika saya join grup itu, ahlinya ada dalam 22000 lebih. Empat jam selepas itu ia bertambah menjadi 28000 lebih. Dan hari ini sy lihat sudah mencapai 36000 lebih. Begitu cepat sambutan oleh umat Islam yg mahu melihat nama Allah dikembalikan menjadi hak umat Islam. Bagi yg mahu menyatakan sokongan terhadap bantahan penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam, bolehlah menandatangani petisyen online yg disediakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Anda mungkin sependapat dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dulu bahawa nama Allah itu bukan khusus untuk umat Islam sahaja. Bantahan yg dibuat ini adalah di dalam konteks kenapa perlu Kristian menggunakan nama Allah sedangkan nama tuhan di dalam Bible yg asal adalah El, Eloh, Elohim dan Yahweh (ada juga menyebutnya Yahuwah). Oleh itu, kami melihat ada unsur-unsur 'hitam' di sebalik tuntutan itu. Terutamanya untuk golongan memesong akidah. Kerana tidak mustahil suatu masa nanti mereka lebih lagi dari itu.

Apa pun sy melihat kejadian ini memberi satu nafas baru dalam hubungan inter-muslim di negara kita. Jika kita lihat sebelum ini, muslim pro-kerajaan dan muslim pro-pembangkang memang akan sentiasa bertelagah dan bertentangan pendapat dalam sebarang isu. Tetapi bila isu nama Allah s.w.t. ini timbul, kita boleh duduk bersama dan berkumpul bersama dan boleh bersatu untuk-Nya. Alhamdulillah. Kerana perbezaan mazhab politik bukan syarat untuk kita gadaikan maruah agama kita.

Sungguh payah sebenarnya untuk kita tegakkan agama Nabi Muhammad s.a.w. ini pada zaman ini. Kerana kita akan menghadapi 1001 tentangan dan bantahan. Tetapi kita perlu tetap teguh dengan agama ini yg menegakkannya hingga ke akhir hayat kita.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".
Hadith Riwayat Imam at-Tirmidzi

Betapa hebatnya ujian yg Allah s.w.t. letakkan kepada kita untuk kita pegang agama ini. Betapa sayangnya Allah s.w.t. kepada kita untuk melihat kita menjadi hamba yg hebat untuk dibanggakan di hadapan khalayak mahsyar nanti. Mudah-mudahan kita tetap kekal di dalam agama sehangat bara api ini. Semoga kita merasakan sejuknya salju iman dalam hangatnya bara api.

Sematkan luahan rindu Nabi Muhammad s.a.w. berikut sebagai bekal untuk kita:

"Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansari bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu Nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu"

Hadith Riwayat Ahmad, al-Bukhary dan at-Thabrani

"Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku"

Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

p/s: Apakah kita yg dimaksudkan Rasulullah s.a.w. itu?


Read more
4

Tragedi 26 Disember





Merenung kembali sejenak pesan Allah s.w.t. di dalam kitabNya:

"Setiap jiwa yg bernyawa, pasti merasakan mati!"
Surah al-Anbiya' ayat 35

dan

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..."
Surah an-Nisaa' ayat 78

Hati merasa tersentuh dengan perkhabaran malang yg menimpa sepuluh orang penumbang bas Sani Ekspres pagi tadi. Sy menonton berita pada jam 8 malam tadi di rumah. Melihat paparan awal berita, sy sudah dapat jangkakan bahawa pasti ada peristiwa malang yg berlaku. Justeru, mata tertumpu ke skrin tv.

Berita kemalangan bas ekspres yg berlaku awal pagi semalam menjadi bahan utama sajian TV3. Sy pasti TV1 dan saluran lain juga. Kemalangan itu berlaku beberapa kilometer dari hentian Simpang Pulai di mana ia salah satu dari susur keluar di Lebuhraya Utara Selatan untuk mendaki naik ke Cameron Highlands. Itu satu hal.

Hati saya terdetik seketika apabila terbaca nama jenazah yg meninggal dunia yg tertera.

Sharifah Raheel al-Junid Bt Syed Harun

Sharifah Hasanah al-Junid Bt Syed Harun

Kedua-duanya berasal dari Taman Melor, Sungai Petani. Ingatan sy terimbau kembali ke zaman matrikulasi dahulu. Sy punya seorang teman yg agak rapat bernama Syed Mustafa al-Junid B. Syed Harun yg juga tinggal di Sungai Petani. Dan nama Sharifah Raheel al-Junid pernah disebut oleh teman sy itu suatu masa dulu.

Apabila sy melihat wajah teman sy terpampang di kaca tv, sahlah bahawa kedua-dua jenazah itu adalah adik kepada teman sy. Takziah buat keluarganya. Sy bertanya melalui SMS kepada teman sy yg turut belajar bersama dulu, katanya memang benar kedua jenazah itu adalah adik Syed Mustafa.

Inilah yg dinamakan perjanjian Allah s.w.t. dengan kita. Bahawa setiap yg bernyawa, pasti akan merasakan kematian. Hanya detailnya sahaja yg tidak kita ketahui.

Perbicaraan hal kemalangan bukan perkara biasa. Kita di Malaysia lebih banyak mati katak di jalanraya berbanding mati di atas perbaringan. Malah kemalangan yg melibatkan bas ekspres adalah suatu perkara selalu berlaku. Cumanya, kita akan buat berbagai-bagai tindakan hanya bila ada kemalangan berlaku. Seperti memasang kotak hitam, setelah berlaku kemalangan yg meragut belasan nyawa dulu. Barulah digubal peraturan. Jika tidak, tak apalah. Kita boleh tengoklah peraturan apa pulak yg nak keluar lepas ni.

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar. Marilah kita mendengar semula pesan Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. yg diriwayatkan oleh at-Thabrani:

“Hai Muhammad!
Hiduplah seperti mana yang engkau kehendaki, TETAPI INGAT, engkau pasti akan mati,
Berbuatlah apa yang engkau kehendaki TETAPI INGAT, engkau pasti akan ditanya tentangnya, Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki TETAPI INGAT, engkau pasti akan berpisah dengannya,
Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada qiamullail,
dan kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain..."
Takziah buat keluarga teman sy Syed Mustafa al-Junid B. Syed Harun; serta seluruh keluarga mangsa kemalangan tersebut.

Mereka yg telah menerima panggilan Allah s.w.t. untuk pulang ke sisiNya adalah:

Sharifah Raheel al-Junid Bt Syed Harun

Sharifah Hasanah al-Junid Bt Syed Harun

Shaharin B Mohd Nor

Supiah Bt Adam

Musa @ Ismail B Abdullah

Mohd Shukri B Mohd Ali

Noor Jasmi B Noordin

Mohd Bilal B Osman

Ng Kah Kit

Ng Poh Ngoh
Read more
3

I'm down...





Certainly, sy ada sesuatu yg hendak dikongsikan di sini. Tapi, sy tak ada mood nak bercerita. Mungkin sy perlu belajar untuk mengawal emosi dulu. Sebab kadangkala bila emosi mengatasi akal, tindakan kita dan keputusan yg kita buat itu lebih berbaur perasaan dari rasional. Huhu. Minta maaflah kepada teman-teman sy yg menjenguk blog ni. Untuk kali ni sy menulis mengikut gerak hati. Sebab itulah kemungkinan besar lebih banyak merapu dari isi.

Kemungkinan bila kita pernah lakukan kesilapan, kesannya berbalik kepada kita juga. Mungkin sebab itulah sy tak boleh komen banyak pada perasaan yg sy rasakan ketika ini. Suatu masa dulu sy juga pernah bersikap demikian, dan mungkin dia terlalu banyak merasakan kepedihannya. Dan untuk kali ini, Allah swt berikan sy peluang untuk merasakan pula perasaan yg sudah lama sy lupakan. Hmmm faham ke apa yg sy merepek ni? :-)

Macam mana nak sy gambarkan perasaan ketika itu ye? Hurm. Diibaratkan seperti sebatang duri tajam yg terbang dengan kelajuan Airbus A330, seraya menikam tepat ke jantung. Dan dengan serta merta itu juga degup jantung itu terhenti dan hembusan nafas juga terhela untuk yg terakhir. Dahsyat sangat perumpamaan saya ni. Huhu.

Mungkin begitulah perasaannya yg dia rasakan dulu. Hmmm. Apa pun sy harus terima dengan redha. Sebab sy juga melakukan kesilapan sama dulu. Bertimbal balik. Kata orang zaman sekarang, Allah swt membalas secara cash setiap perbuatan kita.

Cuma sy terasa untuk beberapa hari yg sudah berlalu ini, hati sy sgt sensitif. Sy rasa seperti terlalu ingin melakukan sesuatu untuk mengembalikan sejarah silam. Untuk melangkau saat hitam yg sy lalui dan memulakan sebuah lembaran baru. Tapi mungkin sy terlalu meletakkan angan-angan yg tinggi yg sy sendiri kurang mampu untuk gapai. Setiap patah kata yg sy pernah ucapkan dulu seolah-olah diulang pula oleh dia.

Apa yg pasti... saya memang tak faham bahasa... mmm



p/s (tiada kena mengena dengan entri ini):

Merenung sejenak mutiara dari Saidina Umar al-Khattab:

Ù†َØ­ْÙ†ُ Ù‚َÙˆْÙ…ٌ Ø£َعَزَّÙ†َا اللهُ بِاْلإِسْلاَÙ…ِ ، ÙˆَÙ…َتىَ ابْتَغَÙŠْÙ†َا اْلعِزَّ بِغَÙŠْرِ دِÙŠْÙ†ِ اللهِ Ø£َذَÙ„َّÙ†َا اللهُ

Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.



Read more
0

Nostalgia Nuzul Quran


Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di hujung sepuluh yg kedua Ramadhan. InsyaAllah kita akan menyambut Nuzul al-Quran 1430H esok. Bermakna Ramadhan yg kita nikmati tahun ini sudah pun mula menginjak ke sepuluh yg terakhir. Dan akhirnya nanti Ramadhan ini akan berlalu meninggalkan kita semua. Samada kita berjaya menghadapi Ramadhan ini atau kita gagal, ia tetap akan pergi jua. Oh.. sedihnye..

Bercakap pasal Nuzul al-Quran, teringat pula zaman belajar dulu-dulu. Kalau di sepuluh yg akhir Ramadhan di kampus dulu, kami semakin sibuk membuat persiapan untuk sebuah majlis tahunan yg besar peringkat fakulti. Majlis Iftar Agung, Khatam al-Quran dan Nuzul al-Quran. Sebuah majlis yg disambut secara serentak. Cukup meriah dengan majlis khatam al-Quran bermula selepas Asar, diikuti dengan majlis iftar (berbuka puasa) besar-besaran dan seterusnya diteruskan pula dengan solat fardhu Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih beramai-ramai di Auditorium fakulti. Kemudian selesai tarawih pula ceramah Nuzul al_Quran dan diakhiri dengan moreh beramai-ramai.

Bila tiba saja tarikh majlis itu berlangsung bermakna kami dah berada di permulaan cuti Aidilfitri di mana majlis akan diadakan beberapa hari sebelum bermula cuti Aidilfitri. Hurm.. nostalgia betul..

Untuk kenangan, sy paparkan gambar-gambar nostalgia saya ketika menguruskan majlis tersebut buat kali terakhir pada 2006.. Jom tengok.. :-)


Solat di dalam Auditorium A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan



Majlis Iftar Agung bersama Tan Sri Prof. Datu Dr Hj Mohamad Taha Arif (Dekan, berbaju Melayu putih), Professor Madya Dr Ahmad Hatta Rasid (Timbalan Dekan, berbaju Melayu maroon)


Jemaah yg bersama-sama berbuka puasa termasuk rakan-rakan dari non-muslim. Muslim buka puasa, non muslim taktau lah buka apa..




p/s: Sebenarnya banyak lagi gambarnye, tapi dah tak tau simpan di mana.. Selamat menyambut Nuzul Quran buat semua..




Read more
0

Renungan hujung minggu





Daripada Mu'az Ibn Jabal r.a. berkata, daripada Rasulullah s.a.w: Allah berfirman "Wajib mendapat kasih sayangKu bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana Ku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana Ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana Ku"

Hadith Qudsi Riwayat Ahmad, Thabrani, Hakim dan al-Baihaqi

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk" (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dari Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib r.a. dari Rasulullah s.a.w. dalam satu huraian yang diceritakan dari Tuhannya (Hadis semacam ini disebut hadis Qudsi) bersabda:

“Sesungguhnya Allah Taala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu, yakni mana-mana yang termasuk hasanah dan mana-mana yang termasuk sayyiah.

“Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai suatu kebaikan yang sempurna disisiNya dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai 10 kebaikan disisiNya, sampai menjadi 700 kali ganda, bahkan dapat menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali.

“Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah, sebagai suatu kebaikan yang sempurna disisiNya dan barangsiapa berkehendak melakukan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai satu keburukan disisiNya.


(Muttafaq ‘alaih)

Allah s.w.t berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi: "Wahai anak manusia, setiap kali engkau meminta kepada-Ku dan mengharap dari-Ku, maka Aku akan ampunkan bagimu apa yang telah lalu dan Aku tidak peduli betapapun besar dan banyaknya dosamu. Wahai anak manusia, seandainya dosa-dosamu mencapai setinggi langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak manusia, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa setumpuk dosa sebesar bumi, kemudian engkau berjumpa dengan-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka Aku akan memberikan ampunan sebesar bumi itu pula"

(Hadith Qudsi Riwayat Tirmidzi)


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayang-Nya terbagi dalam seratus bagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bagian ke bumi. Dari satu bagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor induk binatang mengangkat cakarnya dari anaknya karena takut melukainya.


Allah SWT said in Hadith Qudsi, “I, mankind and jinn are in odd situation; I create them and they worship others. I give and they thank others. My blessings go down to them and their evils come up to Me. I kindly offer them My Mercy despite that I am in no need of them. They are fighting Me with sins while they are in pitiable need of Me. Those who are praising Me are My servants. So, whoever wants to be My servants just celebrate My praises. Those who obey Me are those whom I love. And those who disobey Me, I never exclude them from My mercy. If they repent, I grant them My love, and if they refuse to repent, I will cure their hearts by afflictions until they are purified from defects. The good deed in My account equals ten and more, and the evil deeds in My account equals one and I forgive. I swear with My Glory and Honour, if they ask for forgiveness I’ll forgive them. Whoever repents and come to Me, I will receive him though he is far away. And whoever turns back, I will call him closely telling him, “O My slave where are you going? Do you have any other God?”

Read more
0

My hope




My second day in Orthopaedics department. I had to go to the clinic. Quite a lot of patients were there each clinic days. I saw few cases. Even though my Orthopaedics knowledge is not so good since I just join the department, I tried my best to execute simple management for my patients. I consulted several times to my head of department. Initially I was quite scared to consult him. I was thinking he might get bored and mad at me of asking him too many questions. Surprisingly, he taught me a lot. Nicely. Hmm..

I am thinking of what is actually happening to me for the past few months. I think I had a lot of problems or may I call them 'challenges' (if I'm a positive thinker). I remember an article I read few years ago regarding the 3rd child of the family. The article said, that the 3rd child of the family has the least concern from the parent. While the 1st and the youngest child will usually get the most concern from the parent.

3rd child of the family also live independently and usually they have to manage their life themselves. Even though the parent may sometimes got involved, but most of the time they're not. This is because the 3rd child is born after the family is having completed their circle of love. As a consequence of it, therefore they are left aside sometimes. And 3rd child will usually grew up with less concern, less assistance and to the worst - less love.

Ok.. enough. Whether its true or not, it is just an article. Only 3rd child knows the truth of their life.

Living in the era of money and modernity may sometimes put on pressure to me. Nowadays, almost everything is related to money. Until I frequently heard people said "Nak buang air kecil sendiri pun kene bayar jugak..". Uhuk.

Lately, I almost feel my life is just like a piece of rubbish. I admit that I have a very good job. But, my life is still not satisfying me. I feel so depressed and left behind. I don't know why. And I can't explain it. My life is sooo boring. Nothing make me happy. Adding up to my burden are day-to-day unsettled problems.

I rather keep all my burdens myself. As I feel and I know that nobody will understand me. I tried to share my burdens with people who are closed to me. But, once I started to tell them, I am the one to be blamed. I admit that I have communication problem. I seldom talk to people even with my siblings. People around me seems to assume that I have no problem. The truth is, I keep all my problems inside my heart.

I would say that I have nobody to talk to - from heart-to-heart. And that is the reason why I behave like this. People around me always take for granted everything that I say.

If I am to be given a chance to change my life, I hope that I am not born to be 3rd child. So, I will be able to live my life full of happiness and serenity. But, I realise that Allah swt is always fair to me. Even the whole world left me aside, He is still there for me. Everytime, anywhere. Instead of having someone special to share my life, He gave me the opportunity to share it with Him. I am still grateful and thankful to Him for blessing me with a wonderful family and a wonderful soulmate.

I pray to Him, that my life will be long enough until I can still meet Ramadhan and use it to the fullest. I have to face my life. And most of the time I have to face it alone.


Happy celebrating Nisfu Sya'aban..

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
.
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci


Read more
0

Rahsia solat anda!




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail .

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi / aerobic / yoga / qi-gong / masakan dan sebagainya..


Read more
0

-Tiada tajuk-


Sudah lebih seminggu kita berada di dalam bulan Allah swt yg mulia ni. Begitu cepat masa berlalu, begitu banyak yg dibazirkan berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kelemahan manusia yg paling hina adalah tidak mempergunakan waktu yg berlalu dengan sebaiknya. Benarlah sumpah Allah swt di dalam al-Quran bahawa manusia itu sentiasa sahaja berada di dalam kerugian.

Melimpah ruah rahmat yg Allah swt hamparkan di depan mata kita untuk kita nikmati dan pergunakan sebaiknya. Tetapi kita selalu melupakan betapa besarnya rahmat yg Allah swt berikan dan lebih menghinakan kita lupa berulangkali kepada Zat yg mengurniakan rahmat itu. Dan berulang-ulangnya kita mengingkari rahmat-Nya, berulang-ulangkali juga Dia melimpahkan kita dengan rahmat-Nya lagi. Hingga kita tenggelam dalam lautan nikmat Ilahi, tetapi hati kita masih jua lalai dari-Nya.

Mata hati kita selalunya buta. Bila ada kebahagiaan yg ada di depan mata, kita tidak menghargainya. Bila ia mula lenyap dari pandangan, hati mula gelisah dan diri terasa tidak keruan. Menjadi manusia bersyukur bukan semudah ABC, tetapi tidak mustahil. Cuma kita sahaja yg perlu berfikir dan menilai diri sendiri, sebanyak mana pula penghargaan yg kita berikan kepada yg memberikan kebahagiaan.

p/s: Dah hilang idea...


Read more