Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Jariah yg mengalir abadi


Gambar Ihsan: http://www.photo-digital.org/kamilz-lens/

Ada tak sesiapa yg berminat untuk melakukan amal jariah? Amal yg akan kekal mengalir selama-lamanya dari hayat ini hingga ke akhirat sana. Satu peluang sudah dibuka oleh Allah swt.

Masjid Abu Bakar, Tanah Rata, Cameron Highlands sedang mengumpulkan dana untuk menempah sebuah mimbar khutbah yg baru bagi menggantikan mimbar lama yg sudah uzur. Kutipan yg diperlukan adalah sebanyak RM 15 000. Dalam waktu terdekat ini, RM 10 000 sudah pun terkumpul. Masih memerlukan RM 5 000 lagi untuk membolehkan mimbar baru ini ditempah.




Read more
1

Signifikannya sebuah masjid


In The Name of Allah, the Most Beneficient, the Most Merciful

"Glorified be He Who took His servant (Muhammad) for a journey by night

from Al-Masjid Al Haram (at Mecca) to the Al-Aqsa Mosque (in
Jerusalem), the neighborhood whereof We have blessed, in order that We
might show him some of Our signs. Verily, He is the All-Hearer, the
All-Seer. The Qur'an 17:1.

With these eternal verses, Allah (God), stated in the heart of
the Muslim scripture, the Qur'an, the never diminishing significance
of Al-Aqsa Mosque in Jerusalem to Islam and Muslims. Al-Aqsa, right in
the heart of the Muslim world, is to where our prophet Muhammad (peace
and blessings be unto him) journeyed at night in a miraculous manner
from the city of Mecca, where his call to Islam (submission to God)
was still in its earliest stages. At Al-Aqsa Mosque, he led all of the
prophets of Allah that came before him in prayer and then ascended to
heaven to receive Allah's command to the Muslims to pray five times a
day.

Eversince, Al-Aqsa Mosque and the city of Jerusalem have been very
special to Muslims all over the world. They pray for it and long to
pray in it. And today, with Al-Aqsa being under the Israeli occupation
for thirty years, all Muslims pray for its liberation and for the
freedom of their Palestinian brothers, who have become the soldiers at
the front line of the battle to redeem Al-Aqsa.

Occupation, burning, successive agression, closure and martyr after
martyr have become Al-Aqsa'a story in the last thirty years. Al-Aqsa
is really a deep wound right in the heart of the Muslim world. In
today's unfair reality and materialistic world, Al-Aqsa has become a
symbol of the undesired existence of the trouble-making Palestinians,
Arabs and Muslims (so they say!).

No wonder then, that when the dream of a historical parasite of
opening a tunnel to undermine the foundation of Al-Aqsa Mosque finds
its way to reality, Palestinians of all ages and all beliefs spring to
the rescue. They are Muslim Palestinians defending their very basic
right of existence. Some are Christian Palestinians, also, fighting
for the Muslim shrine. Al-Aqsa is more than a building with historical
and religious significance, it is an idea, a creed even, that we all
have to stand up for what is right and true.

Muslims love Al-Aqsa, pray for it, fight for it and die for it
because, as they see it, they are fighting for the promise of a new
and higher reality. A reality of peace, justice and mutual
respect. This promised reality is not an imaginary one. It did exist
when the Muslims liberated Al-Aqsa from the European Crusaders,
allowing them to evacuate Jerusalem peacefully with their belongings
and families. This was the Muslims' response to the brutality of the
Crusaders when they massacred the Arab inhabitants of Jerusalem,
Muslims and Christians alike.

It is in this spirit of a higher reality, that we can understand why
Palestinian soldiers were carrying a wounded Israeli soldier, and were
trying to get him to the closest medical team. This was their response
to the brutality of the Israeli military machine, which did not
hesitate to deploy helicopters against unarmed civilians, trying to
kill them and to kill their dream, of freeing Al-Aqsa Mosque.

We will continue to believe in Islam's message and its symbol,
Al-Aqsa. We can see our promised reality of peace and justice to all,
in the eyes of the innocent Palestinian children, as they die for
Al-Aqsa Mosque.

Idris El Bakri
Jerusalem, Palestine
Muslim Student Association
Brigham Young University

Ya Allah..
Sejahterakanlah qiblat pertama umat Islam

Amin



Read more
2

Salam Maulid Nabi






Read more
3

Nama Allah untuk siapa?





Isu apakah yg paling hangat ketika ini? Haha bukan isu Zaquan Adha dituduh gay yg hangat. Tetapi isu nama Allah itu hak siapa? Umat Islamkah atau hak perkongsian bersama umat agama Kristian juga? Isu ini tercetus apabila penerbitan Kristian 'Herald - The Catholics Weekly' menggunakan istilah Allah sebagai ganti kepada God atau Tuhan di dalam penerbitannya. Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruhnya yg mendakwa bahawa nama Allah itu hak Islam sahaja.

Akan tetapi ada juga beberapa agamawan Islam yg berpendapat bahawa nama Allah itu bukan tertentu kepada umat Islam semata. Ada juga agamawan Islam yg menyatakan bahawa nama Allah itu adalah tertentu hanya untuk Islam sahaja. Jadi, kita sudah berpecah di situ.

Agaknya kenapa setelah beratus tahun, barulah tahun 2009 mereka nak menuntut 'hak' menggunakan nama Allah? Apa paderi-paderi mereka zaman dahulu tak berani menuntut ke? Apa signifikannya mereka menuntutnya sekarang? Hmmm... jawapannya hanya mereka sahaja yg tahu.

Kita mengundur masa sedikit selama lebih kurang 2 tahun lepas iaitu pada bulan Ogos 2007. Seorang Biskop Gereja Katolik di Belanda mencadangkan supaya semua agama di dunia merujuk Tuhan mereka kepada Allah. Kristian, Yahudi, Taoisme dan segala agama yg ada di dunia ni nak disarankan merujuk nama Tuhan sebagai Allah. Cadangan itu bukan mendapat bantahan dari umat Islam, tetapi dibantah secara keras oleh penganut Kristian di sana!

Nah.. kenapa Kristian Malaysia nak gunakan juga nama Allah sedang penganut Kristian di Belanda yg jumlahnya lebih ramai dari Malaysia membantah? Satu persoalan yg lebih kurang sama dengan yg di atas di mana jawapannya kena tanya depa la.

Dalam sesuatu isu, sebagai seorang muslim kita perlu ada pendirian. Nak berpegang ke mana diri kita. Nak sorak sorai macam yg kita nampak di TV kah atau kita mahu saluran yg lebih beradab. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah pun berfatwa bahawa nama Allah adalah Lafzul Jalalah (Lafaz Agung) yg hanya milik umat Islam sahaja dan kemuliaannya hendaklah dipelihara sebaiknya. Maka, sy sebagai seorang yg awam memilih untuk bersama dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia iaitu nama Allah s.w.t. adalah khas dan milik umat Islam sahaja.

Melihat kembali kepada dakwaan bahawa semenjak dahulu kala Kristian menamakan nama Tuhannya sebagai Allah, sy rasa ada sedikit kekeliruan di pihak yg membuat dakwaan. Asalnya ajaran Kristian adalah menyembah hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Itulah ajaran Nabi Isa a.s. yg dinamakan ajaran Nasrani. Selepas Nabi Isa a.s. diangkat ke langit, tinggal pengikutnya yg terpecah kepada golongan yg tetap teguh menyembah Allah s.w.t. sahaja yg digelar Ahli Kitab dan golongan yg men'tiga'kan Allah s.w.t. di dalam satunya yakni Triniti.

Golongan yg mensabitkan Triniti itulah yg dipanggil Kristian yg menyembah Jesus sebagai Tuhan, Ruh Suci sebagai Tuhan dan Tuhan Bapa sebagai Tuhan. Dan ketiga-tiga itu adalah satu Tuhan. Jika mereka mahu mendakwa bahawa nama Allah itu milik mereka, siapa pula Jesus, Ruh Suci dan Tuhan Bapa??

Ahli Kitab dan Kristian adalah berbeza. Pada saya, Ahli Kitab layak memanggil Tuhan mereka sebagai Allah kerana mereka menurut ajaran sebenar Nabi Isa a.s.; sedangkan Kristian adalah olahan dari ajaran Nabi Isa yg pada hakikatnya ia adalah agama lain dari agama Nabi Isa. Maka mereka sudah hilang hak untuk memanggil Tuhan mereka sebagai Allah di situ.

Saya tidak mampu untuk merumuskan dengan nas al-Quran dan sunnah Rasul kerana jika saya gunakan nas al-Quran sudah pasti non-muslim tidak dapat terima. Maka berdasarkan kronologi sejarah Kristian itu sendiri sudah nampak bahawa dari awal-awal lagi mereka sudah hilang hak untuk menamakan tuhan mereka dengan nama Allah. Bahkan Pope juga tidak menyebut untuk menukarkan nama tuhan Kristian kepada Allah, kenapa pula penerbitan the Herald yg lebih 'pandai' dari Pope?

Apa pun penyelesaiannya, umat Islam jangan terlalu fanatik. Jangan terlalu amarah. Kerana semua orang tahu bahawa umat Islam adalah mereka yg tidak boleh bermain-main dengan isu agama mereka. Kita sangat sensitif isu-isu ketuhanan dan kenabian. Maka, sy nampak ada pihak yg cuba membakar api permusuhan di kalangan rakyat Malaysia yg sudah lama hidup menyembah tuhan masing-masing tanpa berebut atau bertengkar mahu berkongsi tuhan.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا

وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ

يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ

فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam"
Surah Ali Imran, ayat 164


Read more
4

Perihal Krismas

Merenung kembali sebuah firman agung yg turun ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"

Surah al-Baqarah ayat 120


Menurut istilah bahasa Arab, perkataan 'millah' yg Allah s.w.t. nukilkan ke dalam firmanNya yg mulia ini bukan semata-mata bermaksud agama bahkan cara cara hidup atau budaya. Dan merenung pula akan sabdaan mutiara dari baginda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith:
"Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka"
(Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Maka dengan jelas dan nyata bahawa merayakan, memuliakan, bergembira atau redha menyambut hari Krismas adalah HARAM! Apakah sebenarnya perayaan Krismas?

Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Jesus sebagai Hari Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember setiap tahun. Sedang perayaan terbesar di dalam amalan Kristian adalah Perayaan Paskah. Hari Natal itu baru sahaja dirayakan bermula pada Persidangan Rom pada tahun 354M, di Konstantinopel (Constantinople) pada 376M dan di Antiochia pada 388M. Menurut sejarah Kristian, hari kelahiran Jesus disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius telah menukarkannya perayaannya kepada 25 Disember. Sedang gereja-gereja Katholik masih merayakan hari lahir Jesus pada 7 Januari setiap tahun sehingga sekarang.

Anehnya tarikh kelahiran Jesus ditetapkan hanya pada tahun 530M. Pendeta bangsa Scythian bernama Dionzysius Eziguus menetapkan tarikh 25 Disember tanpa sebarang alasan munasabah! Sementara menurut almanak Yulius, tarikh 25 Disember sebenarnya adalah tarikh kelahiran matahari! Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember. Dewa Horus dan Dewa Apollo pula lahir pada 28 Disember sedang dewa matahari masyarakat Mesir purba iaitu Osiris lahir sehari lebih awal dari Horus dan Apollo iaitu pada 27 Disember.

Pening? Aku pun pening jugak. Uhuk.

Sementara itu Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menghuraikan apa yg boleh dan tidak berkenaan hal sambutan Krismas dan perayaan agama lain. Pendapat beliau:

  • Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.
Sementara itu Sheikh Saleh al-Munajjid dari Arab Saudi pula berpendapat:
  • Hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Sementara itu ulama Malaysia hanya ada seorang sahaja yg setakat ini berani bersuara iaitu :

Tan Sri Dato' Seri (Dr) Hj. Harussani Bin Hj Zakaria
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan

Menyambut perayaan agama lain dengan redha adalah haram termasuklah KONGSI RAYA!


Jadi dalam bab Krismas yg akan disambut esok oleh orang Kristian, kita nak ikut yg mana agaknya?

Sebarang perbuatan, perkataan, lintasan hati dan sebagainya yg berkaitan sambutan Krismas ini, yg menunjukkan bahawa kita redha serta menurut sama bergembira akan sambutan Krismas ini hukumnya HARAM! Termasuklah ucapan 'Merry Christmas'!

Rasulullah s.a.w. telah merintis sebuah jalan untuk kamu ke syurga Allah s.w.t. Maka turutilah jalan yg telah dirintis itu, nescaya kamu akan sampai ke sana dengan bahagia




Read more
2

Mari mengenal solat anda..




Sepanjang hari, berapa kalikah anda solat? At least, bagi yg masih menjaga solat fardhunya sehari semalam tentulah 5 waktu, kan? So mari kita buat sedikit kira-kira ilmu hisab.


  • Solat Subuh = 2 rakaat
  • Solat Zuhur = 4 rakaat
  • Solat Asar = 4 rakaat
  • Solat Maghrib = 3 rakaat
  • Solat Isyak = 4 rakaat
Bila kita hitungkan, jumlah rakaat kita sepanjang hari bagi mereka yg menjaga solat fardhunya adalah 17 rakaat.

Setiap kali kita hendak bersolat, kita akan berwudhu. Bermakna at least sehari semalam kita berwudhu sebanyak 5 kali.

Di dalam solat pula kita membaca doa Iftitah. Bermakna at least sehari semalam kita membaca doa Iftitah sebanyak 5 kali. Tahu tak bahawa doa Iftitah yg kita baca setiap solat itu adalah sebenarnya sumpah setia kita kepada Allah swt? Meh kita tengoklah makna bacaan doa Iftitah kita tu. Kalau seumur hidup tak pernah nak amik tahu, at least kali ni sempena membaca blog nie, bacalah sekali untuk seumur hidup anda makna di sebalik doa Ifititah tu ye.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, Dengan penuh ketundukan tulus dan berserah diri
Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

So, melihat kepada makna doa Iftitah pada bahagian yg sy hitamkan itu, memberi maksud bahawa sehari semalam at least kita bersumpah setia kepada Allah swt bahawa solat kita, seluruh ibadah kita, kehidupan dan saat kematian kita fokus utamanya adalah untuk Allah semata-mata. Jadi, cuba tuan-tuan dan puan-puan serta sy sendiri renungkan. Kita renung kembali hebatkah solat kita sehari-hari yg kita lakukan saban umur kita untuk dihadiahkan kepada Allah swt! Tidakkah kita berasa malu kepada Allah swt kerana kita bersumpah setia kepada Allah bahawa segalanya kita berikan kepada Allah swt, dan selesai sahaja solat hidup kita untuk makan dan ibadah kita untuk mengelakkan dari dikata orang semata?

Itu belum lagi mereka yg secara kecilnya menyekutukan Allah swt. Atau pun yg secara besarnya mempersekutukan-Nya!

Selepas itu mari pula kita renungkan tentang surah al-Fatihah. Tidak ada mana-mana mazhab di dalam Islam yg menafikan al-Fatihah sebagai rukun solat. Tahukah anda bahawa setiap bacaan di dalam al-Fatihah anda itu dijawab oleh Allah swt?

Ayat Ke-2: Segala puji bagi ALLAH, TUHAN semesta alam
Allah swt menjawab: HambaKu telah memuji akan Aku..

Ayat Ke-3: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Allah swt menjawab: HambaKu telah menyanjung Aku..

Ayat Ke-4: Yang menguasai hari pembalasan.
Allah swt menjawab: HambaKu telah mengagungkan Aku..

Ayat Ke-5: Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Allah swt menjawab: Ini adalah di antara Aku dan hambaKu. Dan hambaKu itu boleh meminta apa sahaja.

Ayat Ke-6 & 7: Tunjukkan kami jalan yang lurus, Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat ke atas mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Allah swt menjawab: Semuanya itu adalah khusus untuk hambaKu, dan terserlahlah kepadanya apa sahaja yang ia mohon.

Jadi, bila anda membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali di dalam solat sehari semalam itu, cuba ingat-ingatlah bahawa Allah swt sedang menjawab tiap satu ayat yg anda bacakan itu. Itulah sebabnya solat menjadi wadah komunikasi di antara kita dan Allah swt. Saat untuk kita berbual-bual dengan Allah swt dan mengadu kepadaNya.

Kalaulah sebanyak 17 kali kita berbual-bual dengan Allah swt itu tidak memberikan kesan secebis pun kepada hati, sungguh mati keras membatulah hati itu. Melainkan kita tidak pernah ambil tahu tentang makna bacaan dalam solat kita itu.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah Maha Mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Oleh itu, renung-renungkanlah solat yang kita kerjakan seharian. Kerana janji Allah swt di dalam al-Quran adalah:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Dan Allah swt tidak pernah memungkiri janjinya itu. Jika solat yg anda tunaikan tidak membawa anda lebih dekat kepada Allah swt, jangan persoalkan di mana janji Allah swt, tetapi tanyakan kepada diri kita KEMANAKAH PERGINYA JANJI DAN SUMPAH SETIA KITA KEPADA ALLAH SWT.....


p/s:

Out of topic..

Jumaat lepas saya bersolat di Masjid Tanah Rata, Cameron Highlands. Masjid atas bukit. Hehe. Specialnya di hati saya walau pun sy sudah berpindah dari Temerloh ke sini, nama masjid yg sy solat Jumaat tetap sama iaitu Masjid Abu Bakar, Temerloh dan Masjid Abu Bakar, Tanah Rata Cameron Highlands.


Gambar dari luar masjid


Ruang dalam di anjung masjid


Dewan solat utama dan mihrab

Photo credit of: MyMasjid


Yang bestnye, kali pertama sepanjang hidup saya solat Jumaat dengan bacaan Qunut Nazilah. Jarang sy temui masjid yg buat solat Jumaat dengan Qunut Nazilah walaupun ia ada di dalam warisan Nabi Muhammad s.a.w.

Doa Qunut Nazilah:

Terjemahan (Kalau Tak Nampak Yg Kat Atas Tu):

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kesatuan mereka, huru-harakan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing Engkau ke atas mereka. Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Gagah Perkasa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan Yang menurunkan al-Quran, Yang menggerakkan awan gemawan, Yang menghancurkan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka....









Read more
3

Salam Aidilfitri

Ramadhan 1430H bagi saya bukanlah Ramadhan yg biasa seperti tahun-tahun lepas. Ramadhan kali ini pada saya sangat memberikan makna mendalam. Banyak peristiwa berlaku dan banyak juga ujian Allah swt yg disampaikan kepada saya. Kiranya tidak perlu saya susun satu per satu peristiwa dan ujian itu, tetapi cukuplah saya katakan hati sy amat terkesan dengan Ramadhan kali ini.

Mudah-mudahan puasa sy dan anda semua diterima Allah swt dan mendapat ganjaran yg setimpalnya. Benarlah janji Allah swt bahawa puasa mengajar kita lebih mengenal diri kita sendiri dan mengenali Yang Menciptakan diri kita. Setelah begitu lama saya membaca ayat-ayat al-Quran yg mengulang-ulang bahawa puasa itu matlamatnya taqwa; barulah hari ini saya rasakan.

Sesungguhnya menjadi manusia biasa yg tidak punya apa-apa di atas muka bumi Allah ini; memberikan kita begitu banyak peluang untuk diuji. Hanya kita sendirilah yg perlu bermuhasabah untuk menanggapi ujian-ujian itu sebagai rahmat atau sebaliknya. Hebatnya kasih sayang Allah swt kepada kita tidak terbayangkan. Sehinggakan kita mampu tenggelam dalam rasa sayang Allah itu.

Bila kita sedari di mana letaknya diri kita, maka kita juga akan sedari bahawa apa sahaja ujian dari Allah swt adalah sebuah tanda manifestasi cinta Allah swt kepada hambaNya yg diuji. Kalaulah kita menerima ujian dgn redha, maka hati kita akan menjadi semakin kuat dan semakin dekat pada-Nya. Sy juga merasakan sebegitu. Tabahlah. Redhalah apa sahaja yg ditentukan Allah swt. Sabar di dalam redha itu amat sukar untuk sy lakukan, tetapi bila sy berjaya melakukannya hanya sekali sahaja kesannya merubah hidup saya secara signifikan.

Apa pun, kesimpulannya Ramadhan kali ini membawa terlalu banyak kenangan untuk diri saya ingati sampai mati. Ramadhan kali ini benar-benar rahmat dari Allah swt yg tidak terbanding nilainya.

Aidilfitri yg akan tiba ini membuat sy rs sedih untuk berpisah dgn Ramadhan ini. Kerana jika saya diberi masa, mahu sahaja seluruh hidup saya berada di dalam Ramadhan. Sy tidak berkira-kira untuk menyambut Aidilfitri dgn extra-meriah. Tetapi sederhana sudah memadai. Asalkan kesan tarbiyah Ramadhan yg sy terima itu tetap subur di dalam hati ini.

Bersempena Aidilfitri ini, sy ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Berbahagialah dengan secebis kekurangan, kerana ia mengajar kita erti berusaha. Tetapi berwaspadalah dengan kelebihan, kerana ia juga mengajar kita erti tamak dan ammarah...


Read more
0

Uhu...



Untuk pertama kalinya semenjak berpindah keluar dari kediaman pegawai perubatan hospital, saya menunaikan solat sunat Tarawih di masjid. Tahun lepas di surau kediaman saja. Itu pun tak mampu seluruh 30 malam kerana saya on-call saja sudah berapa malam. Tinggal separuh bulan saja. Tolak malam-malam yg saya terlalu penat nak turun berjemaah, maka adalah beberapa malam sahaja tarawih tertunai dengan sempurna.

Sedihkan. Kerja macam ni tak dapat menjanjikan suasana pesta ibadah di dalam hatimu. Seandainya saya menumpukan kepada ibadah khusus semata-mata di bulan ini, sudah pasti golongan kami lah yg paling tercorot. Tapi bila diingatkan yg kerja juga termasuk di dalam kategori ibadah umum, maka hati terasa lega sikit. Moga-moga Allah swt kira sekali. :-)

Semalam saya menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Di sini solat tarawih ditunaikan sebanyak 20 rakaat dengan 3 rakaat witr. Surah dibaca dari juzuk pertama al-Quran. Tak terlalu laju, dan tak terlalu lambat. Solat selesai sepenuhnya jam 1040 malam.


Read more
0

Rehat






Solat Sunat Tarawih Dari Masjidil Haram, Mekkah al-Mukarramah

Malam Pertama:

Sepuluh raka'at pertama
Imam: Sheikh Abdullah 'Awwad al-Juhany



Sepuluh raka'at kedua dan tiga raka'at Solat Witr
Imam: Sheikh Abdurrahman as-Sudais



Salam Ramadhan al-Mubarak
Read more
0

Tarikh Permulaan Puasa 1430H




Bagi menyempurnakan titah perintah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, maka dengan ini diisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi neger-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada

Hari Sabtu
22 Ogos 2009


Oleh itu, esok yakni hari Jumaat, 21 Ogos 2009 bersamaan 30 Sya'aban 1430H diisytiharkan sebagai hari Syak. Maka, haramlah sesiapa yg ingin berpuasa pada hari esok berdasarkan hadith riwayat Ammar Ibn Yasir r.a. yg bermaksud:

" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhakai Abu Al-Qasim (Muhammad) s.a.w."



Read more
0

Tarawih





Hukum Sembahyang Tarawih:

  • Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
  • Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan perhimpunan besar umat Islam
Waktu Sembahyang Tarawih:

  • Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya'
Rakaat Sembahyang Tarawih:

  • Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja
  • Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan
  • Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu
Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca Qunut pada rakaat yang akhir solat sunat Witir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut sembahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

Terawih 20 rakaat atau 8 rakaat?

Ia adalah isu khilafiyyah semata-mata. Berlapang dadalah bagi yg berpegang kepada pendapat bahawa Terawih berjumlah 8 rakaat. Dan berlapang dada jugalah bagi yg berpegang kepada pendapat bahawa Terawih berjumlah 20 rakaat. Tidak timbul isu bid'ah kerana kedua-dua pendapat ini dipayungi oleh nas warisan Nabi s.a.w..

Pendapat 20 rakaat:

Hadis Yazid bin Ruman;

كان الناس يقومون في زمن عمر في رمضان بثلاث وعشرين ركعة

Maksudnya;
“Manusia sentiasa mendirikan (solat tarawih) dalam bulan ramadhan di zaman Omar sebanyak 23 rakaat"
(Muwatta’ Imam Malik : 1/342 : hadis no : 233)

Hadis Ibni Abbas;

أن النبي صلّى الله عليه وسلم كان يصلي في شهر رمضان عشرين ركعة

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW sentiasa menunaikan solat dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat"
(Musannif Ibni Ibni Syaibah : 2/285 : hadis no : 227 (1))

Dari hadis-hadis yang dinyatakan di atas, didapati bahawa, Baginda SAW beserta sahabat-sahabat menunaikan solat Terawih dengan bilangan 20 rakaat. Walau bagaimanapun, ulama fiqh ada menyatakan kadar bilangan solat Terawih seperti berikut;

  • kebanyakkan ulama menyatakan, berdasarkan kepada amalan Muhajirin dan Ansar, solat Terawih ditunaikan dengan bilangan 20 rakaat.
  • Di zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, solat tarawih di tunaikan dengan bilangan 36 rakaat tanpa disertai solat witir. Pendapat ini diamalkan oleh ahli Madinah qadim. (Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 2/251)
Pendapat 8 rakaat:

Golongan ini mendakwa bahawa, Rasulullah SAW tidak pernah melebihi bilangan rakaat solat tarawih dari 11 rakaat.

Sandaran mereka dalah hadis seperti berikut;

عن أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها كيف كانت صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم في رمضان فقالت : ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

Maksudnya;
“Daripada Abi Salamah bin Abd Ar-Rahman, sesungguhnya dia bertanya Aisyah r.a.; bagaimanakah solat Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan? Menjawab Aisyah RHa; Rasulullah SAW tidak pernah melebihkan dari 11 rakaat dalam bulan Ramadhan dan yang lain darinya"
(Muwatta’ Imam Malik : 1/355 : hadis no : 243)


Hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim dan Ibnu Abi Syaibah:

كانت صلاته في شهر رمضان وغيره ثلاث عشر ركعة بالليل منها ركعتا الفجر

Maksudnya;
“Solat (nabi SAW) didalam bulan Ramadhan dan lainnya pada waktu malam adalah 13 rakaat. 2 rakaat daripadanya (yakni daripada 13 rakaat) tersebut adalah solat fajar"
(Sunan Al-Kubra lil Baihaqi : 3/7)


Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lainnya;

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال : صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في شهر رمضان ثمان ركعات وأوتر فلما كانت القابلة اجتمعنا في المسجد ورجونا أن يخرج فلم نزل فيه حتى أصبحنا ثم دخلنا فقلنا يا رسول الله اجتمعنا البارحة في المسجد ورجونا أن تصلي بنا فقال : إني خشيت أن يكتب عليكم

Maksudnya;
“Daripada Jabir bin Abdillah RA berkata; Rasulullah SAW solat bersama kami dalam bulan Ramadhan sebanyak 8 rakaat dan juga melakukan witir. Ketika kedatangan hari selanjutnya, kami berhimpun dalam masjid dan kami berharap agar Baginda SAW keluar (untuk menunaikan solat tarawih). Didapati Nabi SAW tidak keluar hinggalah kami berpagi-pagi berjumpa dengan Nabi SAW lalu kami berkata; Ya Rasulullah SAW, kami berhimpun semalam didalam masjid, dan kami berharap agar kamu solat solat bersama kami. Lalu bersabda Nabi SAW; sesungguhnya aku bimbang (solat tarawihh itu) diwajibkan ke atas kamu"
(Al-Mu’jam As-Saghir Li At-Tabarani : 2/127 : hadis no : 526)


Dari beberapa hadis yang dinukilkan, didapati bahawa, perbuatan Rasulullah SAW menunaikan solat ramadhan adalah tidak melebihi dari 11 rakaat. Ianya memberi maksud, 8 rakaat untuk solat tarawih dan 3 rakaat berbaki adalah solat witir.

Hadith Fadhilat Terawih:

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.
Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah (6 Kitab hadith mu'tabar iaitu Sahih al-Bukary, Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Daud, Sunan at-Tirmidzi dan Sunan an-Nasa'i) dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Oleh itu, berhati-hatilah.


“Sesiapa yang berdusta ke atasku (menggunakan namaku) dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Muslim).

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berterawih


Read more
0

Tirai Ramadhan




Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis 20 Ogos ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah akan mengisyhtiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa Ramadhan. Penetapan tarikh 1 Ramadhan adalah berdasarkan kaedah rukyah dan hisab.

Tempat-tempat untuk merukyah hilal Ramadhan ialah di:

Pontian Kecil Johor;

Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka;

Pantai Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;

Bukit Melawati, Kuala Selangor;

Pulau Angsa, Kuala Selangor;

Bukit Jugra, Banting Selangor;

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak;

Pantai Acheh Pulau Pinang;

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah;

Pemandangan Indah,Pulau Langkawi;

<<-- Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;

Bukit Besar Kuala Terengganu;

Bukit Kemuning, Kemaman;

Pulau Perhentian, Besut;

Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan;

Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan;

Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan;

Tanjung Lubang Miri, Sarawak;

Teluk Bandung, Kuching Sarawak;

Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah;

Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang;

Gunung Brinchang Cameron Highlands;

Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;

Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;

Menara Kuala Lumpur;

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan

Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.


Read more
0

Muhammad di dalam Bible




Salam sejahtera..

Suatu ketika dahulu sy menulis di sebuah blog yg sy namakan theGreenZone. Walau bagaimana pun blog itu sudah sy tamatkan kerana berlaku sedikit masalah pada settingnya yg sy tak dapat betulkan. Hehe. Di sana saya pernah kemukakan bukti berkenaan tajuk di atas bahawa nama Nabi Muhammad s.a.w telah disebut di dalam Bible. Majoriti malah sy rasa semua umat Kristian menolak dakwaan ini bahawa nama Muhammad itu bukan sahaja disebut melalui gelaran tetapi disebut dengan nama baginda sendiri iaitu "MUHAMMAD".

Mengimbau kembali kisah silam itu, sy kemukakan semula bukti bahawa nama Muhammad itu ada disebut di dalam Bible. Dan sekaligus membuktikan bahawa Bible adalah sebuah kitab yg terus menerus menjalani proses tukar-ganti dan pengubahan isi kandungannya yg teruk sehingga maksud setiap ayatnya berubah.

Bagi yg beragama Islam, ini adalah sebahagian ilmu untuk mempertahankan nama Muhammad dan Islam. Dan bagi yg beragama Kristian, jangan melatah dan berkecil hati. Kaji dan selidiki kebenaran yg sy sampaikan di sini. Mudah-mudahan yg jelas benar, tetap akan benar selamanya.

Saya memetik semula ucapan Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat di dalam sebuah syarahan beliau semasa hayatnya:

1) Menurut Kristian, Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) diturunkan di dalam bahasa Hebrew dan Kitab Perjanjian Baru (New Testament) ditulis di dalam bahasa Greek.

2) Di dalam Kitab Perjanjian Lama, di dalam Song of Solomon, Chapter 5, Verse 16 berbunyi:

"His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem."

3) Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama yg tertulis di dalam bahasa Hebrew menyebut ayat yg sama berbunyi:

"Hikko Mamittakim we kullo Muhammadim Zehdoodeh wa Zehraee Bayna Jerusalem."

4) Seterusnya Sheikh Ahmed Deedat menjelaskan bahawa di dalam bahasa Hebrew, penambahan 'im' dihujung perkataan itu membawa maksud kemuliaan dan penghormatan. Yang mana maksud ayat di atas adalah Muhammad (Yg dimuliakan).

5) Maksud perkataan Muhammadim dalam bahasa Hebrew jika diterjemahkan secara literalnya membawa makna "Yg terpuji" di mana ia sama dan tepat sekali dengan makna perkataan Muhammad di dalam bahasa Arab yg bermaksud "Yg terpuji".

6) Malang sekali, nama Muhammad itu telah diterjemahkan kepada altogether lovely. Oleh itu, jika dibaca Bible yg selain dari Hebrew akan terus menggunakan terjemahan nama Baginda; maka tidak hairanlah Kristian mendakwa nama Muhammad tidak disebut di dalam Bible kerana nama Baginda diterjemahkan.

Wallahua'lam...



Read more
0

Selamat datang





Selamat Datang Bulan Rejab

Bermula maghrib malam ini 1 Rejab 1430H

Selamat beramal




Read more
0

Kenapa sembah Kaabah?





"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


Read more
0

Menantikan Rejab


Dua hari sahaja lagi insyaAllah kita akan memasuki fasa persediaan diri untuk menghadapi kedatangan Ramadhan. InsyaAllah pada 24 Jun 2009 nanti kita akan memasuki 1 Rejab. Jadi, apakah keistimewaannya?

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Read more
0

Khutbah Arafah

Saudara-saudaraku , raja-raja dan pembesar Arab sekelian ,

Saudara-saudaraku , umat Islam di seluruh tempat ,

Di bumi Arafah yang suci, sempena hari yang sangat berkat ini , saya meminta kepada semua raja dan pembesar Arab serta umat Islam supaya mengenang kembali Masjid Al-Aqsa yang tertawan . Masjid yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama , tempat suci yang ketiga . Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah , Yang Maha Tinggi lagi Berkuasa supaya menganugerahkan kebebasan kepada kepada Baitul Maqdis dan kawasan-kawasan sekitaranya daripada penjajahan Yahudi. Sesungguhnya keburukkan dan kekejiaan yang telah dilakukan oleh Yahudi adalah terlalu besar .Oleh itu HAMAS menyeru kepada kepada semua umat Islam supaya bersama-sama kita bergandingan bahu untuk menyelamatkan tanah , maruah dan kesucian Palestin daripada dicemari .

Perjanjian Damai yang telah ditandatangani dengan Yahudi penjajah merupakan satu penipuan paling besar yang disaksikan oleh negara-negara besar .Kejijikkan perjanjian tersebut mula terserlah apabila hak suci Palestin dihilangkan , ummah dipecah belahkan , intifadah ( kebangkitan ) terhenti , cengkaman Yahudi semakin kuat , tanah-tanah milik rakyat Palestin mula menjadi rebutan penduduk Yahudi untuk menjadikan Al-Quds sebagai ibu negara Yahudi buat selama-lamanya .

Suara ini adalah suara jeritan dan rayuan yang keluar daripada kerongkong pejuang-pejuang Islam di bumi Palestin . Jeritan memanggil umat Islam , menyeru supaya kembali bersatu padu di dalam menghadapi pencerobohan Yahudi .Jeritan yang memekakkan telinga Yahudi serta menolak untuk tunduk kepada penipuan yang menggunkan nama Perjanjian Damai sebagai ganti kepada tanah air Palestin yang tercinta .Masalah pengusiran rakyat Palestin daripada Baitul Maqdis ,dan wujudnya sebuah negara untuk rakyat Palestin lansung tidak menjadi agenda kepada perjanjian damai tersebut .Begitu juga dengan masalah kepulangan rakyat Palestin daripada pembuangan . Kita hanya mendapati bahawa hanya sebilangan daripada pejuang-pejuanga lama yang dibenarkan pulang ke tanah air .Tanah air yang terjajah .

Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian . Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur .Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam .Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini . Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin , sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya . Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara ,lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka .Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka .

Saudar-saudara ku , raja-raja dan pembesar-pembesar Arab sekelian ,

Saudara-saudaraku , umat Islam sekelian ,

Sesungguhnya Al-Quds merupakan simbol kepada tamaddun Islam yang bersendikan Arab, iajuga merupakan keagungan kita tetapi ia terancang oleh tinfakan yahudi, oleh itu umat islam dan umat arab perlu mengambil tindakan tegas dan memutuskan hubungan dengan penjajah yahudi di bumi kita, sesungguhnya Al-quds berada di dalam terkepung dan bahaya ia adalah jantung kepada palestin tamadun sejarah dan masa depan kita sesungguhnya jeritan palestin merupakan jeritan batin setiap umat islam masjid Aqsa sedang merayu "Wahai Islam- Wahai Islam" Adakah sesiapa yang sudi menolongnya , sesungguhnya masjid Aqsa benar-benar berada di dalam bahaya Zionis sedang menggali terowong di setiap sudut masjid Aqsa untuk merobohkannya mereka merancang untuk membina tempat ibadat khusus bagi orang yahudi sebagai ganti Al-Aqsa , perancangan mereka ini telah tersiar di media-media massa , oleh itu umat islam perlu berusah dengan bersungguh-sungguh untuk membebaskan masjid Al-Aqsa daripada terus di hina oleh yahudi.

Belum tibakah masanya untuk umat islam kembali sedar ? dan sekarang ribuan malah jutaan muslimin bangun dan bergerak bagi membebaskan bumi Aqsa . Di mana keagungan muslimin ? di mana keagungan bangsa arab dan maruah mujahidin ? di mana darah para syuhada' yang mengalir di bumi Israk Mikraj yang membasuh dan menutup keaiban umat islam dan seterusnya menolak segala perjanjian yang lemah lantas membebaskan bumi yang dijajah ini.

Pergerakan HAMAS di Palestin menyeru seluruh umat islam supaya bersatu di dalam satu barisan / sof untuk menentang yahudi , sesunggunya tugas untuk membebaskan tanah air dan menyelamatkan baitul Maqdis bukan hanya dengan kertas dan dakwat sahaja tetapi ia adalah dengan menghayati islam dan dengan darah para syuhada'.

 Di hari yang mulia ini serta di padang Arafah yang suci ini Aku sampaikan salam buat saudara-saudaraku di bumi perjuangan di Baitul Maqdis dan sekitarnya , saya menyeru supaya bersabar dan tabah sehingga Allah mengizinkan kepada umat kita dengan satu kejayaan , kejayaan yang semakin hampir Insya allah, Aku sampaikan salam buat ribuan pejuang-pejuang Palestin yang merengkok dipenjara-penjara Israel yang zalim. Salamku buat keluarga-keluarga syuhada' dan mangsa-mangsa yang tercedera dan cacat akibat kekejaman tentera-tentera Isreal dan begitu juga kepada pejuang Palestin yang terusir diseluruh dunia dengan harapan kita akan bertemu kembali di bumi Palestin yang merdeka lagi tercinta.

Saudaraku , pembesar-pembesar dan Raja-raja Arab, Saudara-saudara ku umat islam di seluruh tempat,

Sesungguhnya keadaan sangat genting , ramai dikalangan kita menyumbangkan jasa yang banyak demi bumi Palestin tetapi sumbangan itu belum mampu untuk menghasilkan cabaran dan mengubah serangan zionis terhadap bumi Isra' dan Mikraj, sesungguhya tanggungjawab yang terpikul di bahu kamuadalah terlalu besar Allah akan bertanya kepada kamu serta memberi balasan baik terhadap tindakan berani yang dilakukan untuk membebaskan bumi Isra' dan Mikraj, marilah kita bersama-sama memohon kepada allah supaya memberi taufiq dan hidayat kepada kita semua di dalam perjuangan untuk agama dan umat sesungguhnya dia maha mendengar dan menjawab permintaan.

Almarhum Sheikh Ahmed Yassin

Perhimpunan Arafah



Read more
0

Ada satu cerita...


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. 

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang mewariskan sinaran cahaya itu kepada kita.

Suatu kenangan...

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. 

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah.

Aku juga rindu padamu ya Rasulullah...
Read more
0

MenghadapMu Wahai Tuhanku




Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun.

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

Read more
0

Khutbah ~ Warisan Nabi


Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan bagaimana kedudukan Rasulullah saw ketika berkhutbah. Ada riwayat menyatakan bahawa baginda berdiri sambil memegang tongkat di tangan kirinya, malah ada riwayat menyatakan bahawa baginda bertumpu berdirinya pada tongkat dan riwayat yg lain menyatakan baginda berdiri sambil memegang sebilah pedang.

Memegang tongkat ketika berkhutbah bukanlah kelaziman baginda, tetapi menjadi teladan sunnah sahaja. Bahkan bertongkat ketika khutbah itu tidak termasuk di dalam rukun, syarat-syarat khutbah Jumaat.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  1. Khutbah dimulai dengan memuji Allah SWT
  2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  3. Pesan taqwa
  4. Sekurang-kurangnya membaca sepotong ayat al-Quran di dalam salah satu khutbah; afdhalnya pada khutbah pertama
  5. Doa kepada muslimin pada khutbah kedua

Syarat sah khutbah Jumaat:

  1. Khatib hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan
  2. Khatib hendaklah menutup aurat
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah bagi yang mampu
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca selawat Nabi dalam bahasa Melayu
  7. Berturutan antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau khatib dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat

Sunnah-sunnah Khutbah:

  1. Khutbah dilaksanakan di atas mimbar
  2. Duduk di atas mimbar sebelum khutbah dimulai
  3. Khatib menghadap ke arah jemaah
  4. Adzan di hadapan khatib
  5. Khutbah dengan nada yang tinggi (suara yang keras)
  6. Khutbah tidak terlalu lama dan khutbah kedua harus lebih pendek dari khutbah yang pertama

Hari Jumaat yang baru berlalu, saya menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Khutbah yg disampaikan adalah berkenaan kewajipan menghargai ibu dan ayah. Menjaga dan memelihara keperluan mereka, mengasihi mereka dan mendoakan mereka di akhirat nanti adalah antara kewajipan seorang anak.

Untuk renungan bersama..

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda :

Allah telah berfirman : "Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu. Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu. "Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan ALlah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." ( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )



Read more