Related Posts with Thumbnails
RSS
email

Aku merepek



Pernah suatu ketika hati berasa suka dan gembira. Menikmati kehidupan ini sepenuh rasa bahagia dan tenang. Ketika itu kita selalu lupa pada sejarah silam yg telah berlalu mengisi lembaran kisah hidup kita. Dan kita juga lupa kepada masa depan yg bakal kita tempuhi. Persiapan diri, hati, nurani, amal dan bekal untuk menempuh bukan sahaja kehidupan dunia bahkan akhirat.

Dan dalam sekelip mata sahaja, hati bertukar duka. Hari yg ceria berubah menjadi suram. Langit yg bercahaya tiba-tiba terasa hitam, gelap dan malap. Ketika itulah sejarah silam kembali bermain di mata, dan bayang masa hadapan mengejar diri.

Aduhai hati yg sentiasa berbolak-balik, berdiri tetap teguhlah di atas jalan yang satu ini. Biarlah seribu onak dan duri menyakiti, redahilah jua. Bahawa hidup ini tidak mampu untuk kita penuhi segalanya dengan lukisan indah, dan tidak mampu kita hiasi dengan bunga-bungaan semata. Adakalanya lukisan yg indah itu tercarik jua, dan bunga mekar itu kan layu jua.

Mengharapkan ada hati-hati yg lain yg memahami tekanan dan derita yg ditempuhi. Agar derita yg ditanggung ini terasa sedikit ringan. Bukan meminta simpati, tetapi sekadar menumpang kegembiraan insan lain untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Untuk menempuhi kesakitan ini.

Duhai hati, tabahlah menempuhi hari depan. Bahawa kau pasti sedar bahawa ini jalan yg kau pilih. Dan tiada siapa yg mahu membantumu. Tempuhlah jalan ini dengan kekuatan dari-Nya. Berdampinglah dengan Yang Maha Perkasa. Dia akan berada bersamamu di dalam hatimu. Membimbing langkahmu yg bengkok, dan derap kakimu yg lemah.

Suatu hari nanti.. hati-hati itu akan sedar. Bahawa hati tidak boleh disakiti...



Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment