Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Hikmahnya...

Minggu lepas aku travel balik dari hantar abah ke Mekah. Bertolak dari Shah Alam iaitu rumah sepupu wife dalam lebih kurang tengahari dah. Aku hantar adik ipar dulu dekat Ampang sebelum aku terus ke hiway Karak. Aku decide untuk lalu Raub-Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu untuk balik memandangkan aku pernah sekali lalu jalan tu. Kalau ikutkan wife, dia nak lalu hiway Pantai Timur sampai Jabor dan lalu Terengganu sampai ke Pasir Puteh. Tapi aku suka jalan hutan. Haha.

Masa aku sampai dekat area Ketereh aku dah kesuntukan perjalanan memandangkan kami bermusafir dan nak bersolat. Aku cari masjid takde! Bukan takde tapi tak nampak dalam laluan aku. Nak solat kat surau Caltex pulak punya la tak selera keadaannya. Akhirnya jumpa sebuah masjid baru namanya Masjid Aisyah, Ketereh. Sorry to say, masjidnya baru siap, cantik, bersih, indah dan menyejukkan mata. Tapi yang buat sakit hati masjid tu berkunci. Pintu pagar sebesar alam tu dimangga! Sakit hati betul dengan AJK masjid ni. Memamg panas betul aku masa tu. Tak fikir ke dengan orang musafir nak menumpang solat di masjid lawa korang tu??

Akhirnya aku pun terus la perjalanan dalam beberapa kilometer ke depan dan bertemu dengan sebuah masjid lagi. Masih di dalam kawasan Ketereh. Masjidnya simple tapi ade aircond. Tak berkunci tapi penuh dengan kereta jemaah! Rupanya ada ceramah malam tu. Bila aku sampai ke situ, jemaah tengah bersedia untuk solat Isyak berjemaah. So, aku pun join solat jemaah. Selesai solat, aku terpandang imam yang mengimamkan solat tadi. Dia lah Ustaz Farid Ravi Abdullah! Hati aku jadi sejuk sangat...

Kesimpulannya:

Allah kuncikan pintu Masjid Aisyah tadi, kotornya keadaan surau di Caltex tadi dan panasnya hati aku sebab cari masjid tak jumpa tadi rupa-rupanya Allah swt nak aku menjadi makmum kepada Ustaz Farid Ravi Abdullah.. :-)

Read more
0

Kisah hari raya

Assalamualaikum...

Selamat hari raya Aidilfitri. Dah masuk 8 Syawal 1434H hari ni. Dah settle hari raya tahun ni. Menunggu seruan nak puasa 6 hari di bulan Syawal plak. So far, belum nampak 'anak bulan' lagi la.. haha

 
Read more
0

Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah bertemu semula Ramadhan al-Mubarak. Terasa macam baru saja sy lalui Ramadhan di Cameron Highlands. Macam baru saja menyambut Aidilfitri. Tak sangka Ramadhan berkunjung lagi sekali. Malam ni semua umat Islam di Malaysia sudah tahu tarikh permulaan puasa iaitu pada hari Rabu 10 Julai 2013. Ini bermakna malam esok kita akan mula berterawih. Pesta beribadah sudah bermula.

Seperti tahun-tahun lepas juga, ramai di antara kita berazam untuk memenuhkan Ramadhan dengan ibadah. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Macam saya, tahun lepas saya kategorikan sebagai gagal. Sebab hanya permulaan Ramadhan saja semangat bukan main, tapi semakin mendekat dengan Aidilfitri, semangat tu pudar. :-(

Apa pun, mari sama-sama kita berjihad untuk memeriahkan Ramadhan tahun ni bukan sahaja dengan makanan; tapi dengan ibadah juga. InsyaAllah. Oh ya, tahun ni saya dan isteri menyambut Ramadhan di bumi serambi Mekah. :-)

Salam Ramadhan al-Mubarak!
Read more
0

Hmm

Sedapnya bahasa me'laknatullah'kan sesama Islam.. matanglah sikit.. belajar tinggi-tinggi sampai jadi cikgu, tapi otak masih slow dan mundur.. kalau pun tak sehaluan, takyah kot guna bahasa macam tu..
Read more