Merenung kembali sebuah firman agung yg turun ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"
Surah al-Baqarah ayat 120
Menurut istilah bahasa Arab, perkataan 'millah' yg Allah s.w.t. nukilkan ke dalam firmanNya yg mulia ini bukan semata-mata bermaksud agama bahkan cara cara hidup atau budaya. Dan merenung pula akan sabdaan mutiara dari baginda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith:
"Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka"
(Riwayat Abu Daud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
Maka dengan jelas dan nyata bahawa merayakan, memuliakan, bergembira atau redha menyambut hari Krismas adalah HARAM! Apakah sebenarnya perayaan Krismas?
Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Jesus sebagai Hari Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember setiap tahun. Sedang perayaan terbesar di dalam amalan Kristian adalah Perayaan Paskah. Hari Natal itu baru sahaja dirayakan bermula pada Persidangan Rom pada tahun 354M, di Konstantinopel (Constantinople) pada 376M dan di Antiochia pada 388M. Menurut sejarah Kristian, hari kelahiran Jesus disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius telah menukarkannya perayaannya kepada 25 Disember. Sedang gereja-gereja Katholik masih merayakan hari lahir Jesus pada 7 Januari setiap tahun sehingga sekarang.
Anehnya tarikh kelahiran Jesus ditetapkan hanya pada tahun 530M. Pendeta bangsa Scythian bernama Dionzysius Eziguus menetapkan tarikh 25 Disember tanpa sebarang alasan munasabah! Sementara menurut almanak Yulius, tarikh 25 Disember sebenarnya adalah tarikh kelahiran matahari! Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember. Dewa Horus dan Dewa Apollo pula lahir pada 28 Disember sedang dewa matahari masyarakat Mesir purba iaitu Osiris lahir sehari lebih awal dari Horus dan Apollo iaitu pada 27 Disember.
Pening? Aku pun pening jugak. Uhuk.
Sementara itu Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menghuraikan apa yg boleh dan tidak berkenaan hal sambutan Krismas dan perayaan agama lain. Pendapat beliau:
- Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.
Sementara itu Sheikh Saleh al-Munajjid dari Arab Saudi pula berpendapat:
- Hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Sementara itu ulama Malaysia hanya ada seorang sahaja yg setakat ini berani bersuara iaitu :
Tan Sri Dato' Seri (Dr) Hj. Harussani Bin Hj Zakaria
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Menyambut perayaan agama lain dengan redha adalah haram termasuklah KONGSI RAYA!
Jadi dalam bab Krismas yg akan disambut esok oleh orang Kristian, kita nak ikut yg mana agaknya?
Sebarang perbuatan, perkataan, lintasan hati dan sebagainya yg berkaitan sambutan Krismas ini, yg menunjukkan bahawa kita redha serta menurut sama bergembira akan sambutan Krismas ini hukumnya HARAM! Termasuklah ucapan 'Merry Christmas'!
Rasulullah s.a.w. telah merintis sebuah jalan untuk kamu ke syurga Allah s.w.t. Maka turutilah jalan yg telah dirintis itu, nescaya kamu akan sampai ke sana dengan bahagia