Related Posts with Thumbnails
RSS
email
0

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul untuk semua. Tahun ni sambut di Pulau Pinang. Staf hospital cakap di sini tak la meriah sangat tapi sederhana. Kebetulan pulak dekat dengan sambutan Thaipusam. Maka lebih sibuk di jalanan adalah penyambut Thaipusam.

Dah genap 13 hari aku berada di Pulau Pinang ni. Bekerja di Hospital Pulau Pinang. Terasa masih lagi culture shock sebab hari-hari bekerja aku kena bangun seawal 6 pagi. Lepas solat Subuh je terus cepat-cepat kena mandi dan bersiap. 730pg tepat aku mesti dah ada dalam kereta. Kalau terlewat sikit je, mesti aku sampai ke department lewat dan kad perakam waktu aku jadi merah. Setakat ni aku lewat sekali je la.. haha.. lewat 2 minit!

Setiap hari memang rasa sangat penat. Serius penat. Mungkin sebab masa di Kelantan dulu pukul 720 pagi aku baru nak mandi. Siap lambat pun takpe sebab hospital dekat sangat. Masa di Cameron Highlands lagilah dekat. So, agaknya macam ni la perasaan orang-orang KL setiap pagi kot. Tergesa-gesa semata-mata nak kejar waktu masuk kerja. Nak pastikan kad perakam waktu tu berwarna hitam. Huhu.

Time cuti atau weekend je kompem lah aku ganti tido. Rasa lega je bila dah sampai hari Jumaat. Monday blues plak sangat membosankan. Haisy.. bila la aku nak pencen ni.. hahaha

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Banyakkan selawat.
Read more
0

Mainan baru wife aku..


Sepanjang hari ni aku dok belek software embroidery yg baru install kat laptop wife. Dia beli mesin jahit sulam jenama Brother dan jugak software PE Design 8. Starting aku try mesin jahit tu dengan software ni aku design logo Honda. Not bad walau pun buruk sikiiit je. Haha. Dengan latihan lama-lama aku rasa skill tu akan bertambah baik. Ade banyak lagi logo yg aku try design guna software ni antaranya logo UNIMAS. Berjaya disulam atas kain dengan baik sekali. 

Minat wife aku dalam bidang jahitan ni nampaknya serius. Sekarang dah ada dua jenis mesin jahit. Mudah-mudahan rezeki untuk berbisnes ni bertambah-tambah dan dipermudahkanNya. Amin..
Read more
0

Macbook Pro

Assalamualaikum,

Sejak aku kenal dengan komputer dan laptop, hari ni adalah sejarah dalam hidup aku sebab kali pertama aku beli peranti dari Apple iaitu MacBook Pro (Retina Display). Selama ni aku anggap peranti Apple ni susah nak guna dan tak compatible dengan Microsoft yg kebanyakan komputer dan laptop gunapakai. Sebab tu aku tak berapa berminat sangat dengan MacBook ni.

Tapi baru-baru ni laptop Acer aku mengalami kecederaan yg sangat teruk akibat terjatuh dari meja makan kat rumah sewa aku. Abes monitor laptop tu pecah. Huuu.. Kalau lah tak jadi benda tu, mungkin sampai hari ni aku tak beli MacBook ni kot. Sebab bagi aku selagi boleh pakai, aku akan lanyak la sampai rosak. Lagi pun aku bukan bussinesman atau designer pun nak guna laptop canggih manggih ni. Ye ke? Haha..

Mula-mula aku jatuh hati dengan Ultrabook Acer Aspire S7 392. Bagi mata aku sangat lawa dan cute la design ultrabook tu. Tambahan plak spesifikasinye yg agak menarik perhatian aku. In fact, aku dah pun letak duit cengkeram dekat kedai apek tu untuk booking ultrabook tu. Konon apek tu janji dengan aku 3 hari boleh dapat dah. Balik rumah pun dok berangan dah nak guna ultrabook tu. Asyik belek je dalam internet. Haha jakun.

Sekali 3 hari kemudian tepon balik apek tu, dia selamba je cakap "itu ultrabook tak bole dapat sekarang wooo.. mau tunggu sampai 20 halibulan balu bole dapat".. Hangin btol aku. Memula aku fikir nak redha je tunggu sampai 20 haribulan. Tapi wife aku cakap lambat sangat tu. Dia siap tolong tepon kedai-kedai IT yg lain dekat Penang, Butterworth sampai ke Ipoh nun. Tapi sume cakap nak kena order dulu. Takde ready stock.

Pastu, aku dapat Whatsapp member sekuliah aku cakap pasal Apple Store buat promosi satu hari je potongan belian online. MacBook berharga RM4899 boleh dapat diskaun. Tapi syaratnye kene beli online. Mula dari situlah aku belek blog pengguna-pengguna MacBook dan mula tertarik nak beli. Ingat nak ambik online  je. Tapi fikir balik kalo beli online minggu depan baru dapat. Baik aku pegi Apple Reseller Store kat area Penang ni je terus boleh dapat pegang MacBook ni. Haha.. nampak sangat tak sabar..

Kemudian pagi tadi dengan gigihnya aku dengan wife pegi ke kedai Switch yg jual benda ni. Aku pegi cawangan di Plaza Gurney. Ingat nak amik model yg harga RM4199 je. Sebab rasanya spesifikasi yg ditawarkan tu dah cukup baik untuk aku. Sekali model tu takde stok la pulak. Jurujual tu siap tolong cari kat cawangan di Queensbay dan Quay Straits pun takde. Sedihnye. Plaza Gurney ni ade model RM5899. Gila bapak mahal! 

Pastu dia cakap kalo aku nak model RM4899 ade la satu dekat Quay Straits. Sebenarnye model ni lagi bagus dari RM4199 dengan kelajuannya yg gile kentang punya laju la. Tapi ikutkan aku memadai model RM4199 tu je. Dan kalo aku nak jugak model RM4199 tu aku kena tunggu dorang order la. Sebabkan aku tak sabar nak tunggu, aku pun buat keputusan untuk rembat je model RM4899 yg tinggal satu je lagi kat Quay Straits tu. 

So, dengan rasminya 11 Januari 2014 aku menukar haluan dari Windows ke Mac OS X. Haha. Dan setakat aku guna malam ni, sangat puas hati. Aku bukak beberapa e-book serentak memang takde sangkut-sangkut macam Windows la. Aku tak minat nak debat mana lagi bagus dan berbaloi pada duit macam yg berlaku pada beberapa blog. Ikut suka koranglah nak beli mana satu. Tapi kalo korang tanya aku antara Windows dan Mac OS X ni, aku cadangkan cuba la Mac OS X. InsyaAllah tak mengecewakan.

p/s: Entri ni adalah entri pertama aku dengan MacBook Pro yg baru ni.. hehehe.. 

Read more
0

Luahan 1

Dalam dunia ni kalau kita nak mengubah sesuatu, kita perlukan sokongan dari orang yg terdekat dengan kita. Kalau pun mereka tak berminat dgn usaha yg kita buat, tapi jangan sampai menjadi pemusnah cita-cita orang lain! Tapi apa yg selalu terjadi adalah org yg terdekat dengan aku yg mencuba sehabis daya untuk gagalkan usaha aku. Kalau berat badan aku naik dan aku buat tak tau, pandai je kutuk aku itu ini. Banyak penyakit lah itu ini. Sekarang ni aku dah berusaha untuk turunkan berat badan, pandai pulak perlekehkan usaha aku. Konon aku xnak makan masakan mak dia. Ape selama ni aku x makan ke? Tak boleh ke faham ape yg aku tengah buat? Susah sangat ke?! Aku rasa untuk apa yg aku buat ni, aku terpaksa hadapi sorang2 je. Org yg paling dekat dgn aku pun x boleh aku harapkan utk tolong aku. Hanya pandai kritik aku dan menjatuhkan semangat aku je. Dan hanya tau fikir cara nak balas dendam saja. Aku sangat down..

Read more